My bookmarksSign up free
← Central Bank of Malaysia Act 2009

Central Bank of Malaysia Act 2009 s 83

Central Bank of Malaysia Act 2009 s 83

s 83 Officers and employees of the Bank

(1) The Bank may appoint such officers and employees as it considers to be necessary for the efficient conduct of the business of the Bank. (2) Officers and employees of the Bank shall hold office for such period, receive such salaries and allowances and shall be subject to such by-laws on conduct and discipline and other terms and conditions of service as may be determined by the Board. (3) The Bank may, with the approval of the Minister, out of the funds of the Bank establish and maintain a pension and provident fund for its officers and employees, which in this subsection includes the Governor and the Deputy Governors, and their dependants. (4) There shall continue to be a Bank Negara Malaysia Staff Welfare Account which shall include the amount standing to the credit of the Bank Negara Malaysia Staff Welfare Account created under subsection 15(5) of the repealed Act immediately before the coming into operation of this Act and such other amounts as are placed to the credit of the Bank Negara Malaysia Staff Welfare Account under this Act. (5) The Bank Negara Malaysia Staff Welfare Account shall be utilized for such purposes conducive to the welfare of the officers and employees of the Bank, including their dependants, as may from time to time be provided in trust directions to be issued by the Board with the approval of the Minister, and such directions may provide for the manner and the procedure for the making of the grant, financing or other payments from the Bank Negara Malaysia Staff Welfare Account.

Malay text (authoritative)

Pegawai dan pekerja Bank

(1) Bank boleh melantik mana-mana pegawai dan pekerja sebagaimana yang dianggapnya perlu bagi penjalanan efisien urusan Bank. (2) Pegawai dan pekerja Bank hendaklah memegang jawatan bagi apa-apa tempoh, menerima apa-apa gaji dan elaun dan hendaklah tertakluk kepada apa-apa undang-undang kecil mengenai kelakuan dan tatatertib dan terma dan syarat perkhidmatan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga. (3) Bank boleh, dengan kelulusan Menteri, daripada dana Bank menubuhkan dan menyenggara suatu kumpulan wang pencen dan simpanan untuk pegawai dan pekerjanya yang dalam subseksyen ini termasuklah Gabenor dan Timbalan Gabenor, dan tanggungan mereka. (4) Hendaklah terus ada suatu Akaun Kebajikan Kakitangan Bank Negara Malaysia yang hendaklah termasuk amaun yang ada pada kredit Akaun Kebajikan Kakitangan Bank Negara Malaysia yang diwujudkan di bawah subseksyen 15(5) Akta dimansuhkan sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan apa-apa amaun lain yang diletakkan pada kredit Akaun Kebajikan Kakitangan Bank Negara Malaysia di bawah Akta ini. (5) Akaun Kebajikan Kakitangan Bank Negara Malaysia hendaklah digunakan bagi apa-apa maksud yang bermanfaat bagi kebajikan pegawai dan pekerja Bank, termasuk tanggungan mereka, sebagaimana yang dari semasa ke semasa diperuntukkan dalam arahan amanah yang akan dikeluarkan oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri, dan arahan itu boleh memperuntukkan cara dan tatacara bagi pemberian, pembiayaan atau pembayaran lain daripada Akaun Kebajikan Kakitangan Bank Negara Malaysia.

Read this section in the full act → · Open Part XIII →

Find Act 701 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next