First Schedule FIRST SCHEDULESupplementary
[Sections 21 and 23]
1. Unless otherwise provided in this Act, the Board shall appoint any member to act as a chairman to preside over the meetings of the committee.
2. A member of any of the committees may at any time resign his office by giving a written notice of at least thirty days to the Bank.
3. The provision on quorum and frequency of meetings of the committees shall be as follows:
Committee Quorum Frequency of meetings
(1) (2) (3)
Board Not less than two-thirds of the At least two Governance members of the Board Governance times a year Committee Committee
Board Audit Not less than two-thirds of the At least four Committee members of the Board Audit times a year Committee
Board Risk Not less than two-thirds of the At least two Committee members of the Board Risk times a year Committee
Monetary Policy Not less than two-thirds of the members At least six times Committee of the Monetary Policy Committee of a year whom two must be the Governor (or in the absence of the Governor, the Deputy Governor designated by the Board under subsection 15(7)) and a Deputy Governor
4. Notwithstanding column (3) of paragraph 3, the committees shall also meet as and when required or directed by the chairman.
5. The chairman may authorize a member to use live video, television links or other appropriate communication or multimedia facilities to participate in any meeting of the committee where, prior to the meeting, the member, by notification to the chairman, has requested for such authorization and such member shall be treated as being present for the meeting.
6. Except for the Monetary Policy Committee established under section 23, a resolution in writing, signed by all of the members of the other committees shall be as valid and effectual as if it had been passed at a meeting of any of the committees duly convened and held and any such resolution may consist of several documents in like form, each signed by one or more members.
7. Unless otherwise provided in this Act, any committee may act notwithstanding any vacancy in its membership and its proceedings shall not be invalidated by—
(a) the absence of any member;
(b) any defect afterwards discovered in the appointment or qualification of any member or the constitution of the committee;
(c) any omission, defect or irregularity in the convening or conduct of a meeting; or
(d) the presence or participation of a person who is not a member of the committee.
8. A committee may determine for any particular reason or on a particular occasion that the decisions of the committee would be by vote.
9. Any advice given by any member, the deliberations and decisions of the meetings of the committees including any dissenting views of members or any result of any vote under paragraph 8 shall be recorded in the minutes of the meetings. The deliberations, proceedings and the decisions of the committees shall be confidential and except as otherwise provided in section 86 shall not be disclosed to any person outside the committee.
10. The chairman may, with the concurrence of all the members of the committee, invite any officer or person to attend and participate in the discussions of the committee.
11. A committee may, if it deems necessary in carrying out its functions, call upon any officer or person to provide any information or document which is relevant to the functions of such committee.
12. A committee may appoint an officer to act as secretary to the committee.
13. The Board may make further by-laws on the procedures relating to the meetings of the committees.
Malay text (authoritative)
JADUAL PERTAMA
[Seksyen 21 dan 23]
1. Melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam Akta ini, Lembaga hendaklah melantik mana-mana anggota untuk bertindak sebagai pengerusi untuk mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu.
2. Seseorang anggota mana-mana jawatankuasa boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan suatu notis bertulis sekurang- kurangnya tiga puluh hari kepada Bank.
3. Peruntukan mengenai kuorum dan kekerapan mesyuarat bagi jawatankuasa hendaklah seperti yang berikut:
Jawatankuasa Kuorum Kekerapan mesyuarat
(1) (2) (3)
Jawatankuasa Tidak kurang daripada dua per tiga Sekurang- Tadbir Urus anggota Jawatankuasa Tadbir Urus kurangnya Lembaga Lembaga dua kali setahun
Jawatankuasa Tidak kurang daripada dua per tiga Sekurang- Audit Lembaga anggota Jawatankuasa Audit Lembaga kurangnya empat kali setahun
Jawatankuasa Tidak kurang daripada dua per tiga Sekurang- Risiko Lembaga anggota Jawatankuasa Risiko Lembaga kurangnya dua kali setahun
Jawatankuasa Tidak kurang daripada dua per tiga Sekurang- Dasar Monetari anggota Jawatankuasa Dasar Monetari kurangnya yang dua daripadanya mestilah Gabenor enam kali (atau semasa ketiadaan Gabenor, setahun Timbalan Gabenor yang ditetapkan oleh Lembaga di bawah subseksyen 15(7)) dan seorang Timbalan Gabenor
4. Walau apa pun ruang (3) perenggan 3, jawatankuasa hendaklah juga bermesyuarat pada masa dan apabila dikehendaki atau diarahkan oleh pengerusi.
5. Pengerusi boleh membenarkan seseorang anggota untuk menggunakan video secara langsung, rangkaian televisyen atau kemudahan komunikasi atau multimedia lain yang sesuai untuk mengambil bahagian dalam mana-mana mesyuarat jawatankuasa jika, sebelum mesyuarat itu, anggota itu, melalui pemberitahuan kepada pengerusi, telah memohon kebenaran itu dan anggota itu hendaklah dikira sebagai hadir bagi mesyuarat itu.
6. Kecuali bagi Jawatankuasa Dasar Monetari yang ditubuhkan di bawah seksyen 23, suatu ketetapan secara bertulis, yang ditandatangani oleh semua anggota jawatankuasa lain adalah sah dan berkesan seolah-olah ia telah diluluskan pada mesyuarat mana-mana jawatankuasa yang diadakan dan dijalankan dengan sewajarnya dan apa-apa ketetapan sedemikian boleh terdiri daripada beberapa dokumen dalam bentuk yang serupa, setiap satunya ditandatangani oleh seorang anggota atau lebih.
7. Melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam Akta ini, mana-mana jawatankuasa boleh bertindak walau apa pun kekosongan dalam keanggotaannya dan prosidingnya tidak boleh menjadi tidak sah oleh—
(a) ketiadaan mana-mana anggota;
(b) apa-apa kecacatan yang diketahui kemudiannya mengenai pelantikan atau kelayakan mana-mana anggota atau penubuhan jawatankuasa;
(c) apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan dalam mengadakan atau mengendalikan sesuatu mesyuarat; atau
(d) kehadiran atau penyertaan seseorang yang bukan seorang anggota jawatankuasa.
8. Sesuatu jawatankuasa boleh memutuskan atas apa-apa sebab tertentu atau dalam keadaan tertentu bahawa keputusan jawatankuasa itu akan dibuat melalui undian.
9. Apa-apa nasihat yang diberikan oleh mana-mana anggota, pertimbangtelitian dan keputusan mesyuarat jawatankuasa termasuk apa-apa pandangan yang bertentangan anggota atau apa-apa keputusan apa-apa undian di bawah perenggan 8 hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat. Pertimbangtelitian, prosiding dan keputusan jawatankuasa itu adalah rahsia dan kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam seksyen 86 tidak boleh dizahirkan kepada mana-mana orang di luar jawatankuasa itu.
10. Pengerusi boleh, dengan persetujuan semua anggota jawatankuasa, mengundang mana-mana pegawai atau orang untuk hadir dan mengambil bahagian dalam perbincangan jawatankuasa itu.
11. Sesuatu jawatankuasa boleh, jika difikirkannya perlu dalam menjalankan fungsinya, memanggil mana-mana pegawai atau orang untuk memberikan apa-apa maklumat atau dokumen yang berkaitan dengan fungsi jawatankuasa itu.
12. Sesuatu jawatankuasa boleh melantik seseorang pegawai untuk bertindak sebagai setiausaha jawatankuasa itu.
13. Lembaga boleh membuat undang-undang kecil tambahan mengenai tatacara yang berhubungan dengan mesyuarat jawatankuasa itu.