Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 132
Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 132
s 132 Grant of licence
(1) The Authority may grant or refuse to grant a licence to any applicant.
(2) The Authority shall not grant a licence unless he is satisfied that the applicant—
(a) is of sufficient good repute to be engaged in the business of company management;
(b) has or has available to it adequate knowledge, expertise, resources and facilities necessary for the proper management or administration of its business;
(c) has sufficient financial resources at its disposal to enable it to conduct its business effectively and meet its liabilities; and
(d) will be in a position to comply with any conditions imposed by the Authority.
(3) Notwithstanding subsection (2), the Authority shall reject an application if it determines that a licence should not be granted in the public interest.
(4) A licence may be granted subject to such terms, conditions, restrictions or limitations as the Authority deems fit.
(5) A licence shall—
(a) be in such form as may be specified;
(b) be admitted in all courts as prima facie evidence of the facts stated therein; and
(c) remain in force until it is revoked.
(6) Where the Authority grants a licence to an applicant, it shall issue a licence to the applicant on payment of such licence fee as may be prescribed.
(7) Every licence issued under this Part shall bear the date on which the licence is granted.
Malay text (authoritative)
Pemberian lesen
(1) Lembaga boleh memberikan atau enggan memberikan lesen kepada mana-mana pemohon.
(2) Lembaga tidak boleh memberikan lesen melainkan jika dia berpuas hati bahawa pemohon—
(a) mempunyai reputasi yang cukup baik untuk menjalankan perniagaan pengurusan syarikat;
(b) mempunyai atau tersedia baginya pengetahuan, kepakaran, sumber dan kemudahan yang mencukupi yang diperlukan untuk pengurusan atau pentadbiran perniagaannya dengan sepatutnya;
(c) mempunyai sumber kewangan yang cukup yang boleh digunakannya untuk membolehkannya menjalankan perniagaannya dengan berkesan dan menjelaskan liabilitinya; dan
(d) akan dapat mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan oleh Lembaga.
(3) Walau apa pun subseksyen (2), Lembaga hendaklah menolak sesuatu permohonan jika diputuskannya bahawa sesuatu lesen tidak patut diberikan demi kepentingan awam.
(4) Sesuatu lesen boleh diberikan tertakluk kepada apa-apa terma, syarat, sekatan atau batasan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.
(5) Sesuatu lesen hendaklah—
(a) dalam apa-apa bentuk yang ditentukan;
(b) diterima dalam semua mahkamah sebagai keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalamnya; dan
(c) terus berkuat kuasa sehingga lesen itu dibatalkan.
(6) Jika Lembaga memberikan suatu lesen kepada seseorang pemohon, Lembaga hendaklah mengeluarkan suatu lesen kepada pemohon apabila dibayar fi lesen itu sebagaimana yang ditetapkan.
(7) Tiap-tiap lesen yang dikeluarkan di bawah Bahagian ini hendaklah mengandungi tarikh lesen itu diberikan.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).