My bookmarksSign up free
← Labuan Financial Services and Securities Act 2010

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 14

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 14

s 14 Civil liability for mis-statement in prospectus

(1) Subject to this section, each of the following persons shall be liable to pay compensation to all persons who subscribe for or purchase any securities on the faith of a prospectus for any loss or damage sustained by reason of an untrue statement therein, or by reason of the wilful non-disclosure therein of any matter of which he had knowledge and which he knew to be material, that is to say every person who— (a) is a director at the time of issue of the prospectus; (b) authorised or caused himself to be named and is named in the prospectus as a director or as having agreed to become a director either immediately or after an interval of time; (c) is a promoter of the corporation; or (d) authorised or caused the issue of the prospectus. (2) Notwithstanding anything in subsection (1), where the consent of an expert is required to the issue of a prospectus and he has given that consent, he shall not by reason only thereof be liable as a person who has authorised or caused the issue of the prospectus except in respect of an untrue statement purporting to be made by him as an expert, and the inclusion in the prospectus of a name of a person as a trustee for debenture-holders, auditor, banker, barrister, advocate or solicitor or stock or share broker shall not for that reason alone be construed as an authorisation by such person for the issue of the prospectus. (3) No person shall be liable under subsection (1) if he proves— (a) that, having consented to become a director of the corporation, he withdrew his consent before the issue of the prospectus, and that it was issued without his authority or consent; (b) that the prospectus was issued without his knowledge or consent and he gave reasonable public notice thereof forthwith after he became aware of its issue; (c) that after the issue of the prospectus and before allotment or sale thereunder he, on becoming aware of any untrue statement therein, withdrew his consent and gave reasonable public notice of the withdrawal and of the reason therefor; or (d) that— (i) as regards every untrue statement not purporting to be made on the authority of an expert or of a public official document or statement, he had reasonable ground to believe, and did up to the time of the allotment, issue or sale of the securities believe, that the statement was true; (ii) as regards every untrue statement purporting to be a statement made by an expert or to be based on a statement made by an expert or contained in what purports to be a copy of or extract from a report or valuation of an expert, it fairly represented the statement, or was a correct and fair copy of an extract from the report or valuation, and he had reasonable ground to believe and did up to the time of the issue of the prospectus believe, that the expert making the statement was competent to make it and that that expert had given the consent required by section 13 to the issue of the prospectus and had not withdrawn that consent before delivery of a copy of the prospectus for registration or, to the person’s knowledge, before any allotment, issue or sale thereunder; and (iii) as regards every untrue statement purporting to be a statement made by an official person or contained in what purports to be a copy of or extract from a public official document, it was a correct and fair representation of the statement or copy of or extract from the document. (4) Subsection (3) shall not apply in the case of a person liable, by reason of his having given a consent required of him by section 13 as a person who has authorised or caused the issue of the prospectus in respect of an untrue statement purporting to have been made by him as an expert. (5) A person who apart from this subsection would under subsection (1) be liable, by reason of his having given a consent required of him by section 13, as a person who has authorised the issue of a prospectus in respect of an untrue statement purporting to be made by him as an expert shall not be so liable if he proves— (a) that, having given his consent under section 13 to the issue of the prospectus, he withdrew it in writing before a copy of the prospectus was lodged with the Authority; (b) that, after a copy of the prospectus was lodged with the Authority and before issue or sale thereunder, he on becoming aware of the untrue statement, withdrew his consent in writing and gave reasonable public notice of the withdrawal and the reasons therefor; or (c) that he was competent to make the statement and that he had reasonable ground to believe and did up to the time of the issue or sale of the securities believe that the statement was true. (6) Where— (a) a prospectus contains the name of a person as a director of a corporation, or as having agreed to become a director, and he has not consented to become a director, or has withdrawn his consent before the issue of the prospectus, and has not authorised or consented to the issue thereof; or (b) the consent of a person is required under section 13 to the issue of the prospectus and he either has not given that consent or has withdrawn it before the issue of the prospectus, the directors of the company except any without whose knowledge or consent the prospectus was issued, and any other person who authorised or caused the issue of the prospectus, shall be liable to indemnify the person so named or whose consent was so required against all damages, costs and expenses to which he may be made liable by reason of his name having been inserted in the prospectus or of the inclusion therein of a statement purporting to be made by him as an expert, or in defending himself against any action or legal proceedings brought against him in respect thereof.

Malay text (authoritative)

Liabiliti sivil kerana pernyataan silap dalam prospektus

(1) Tertakluk kepada seksyen ini, setiap orang yang berikut hendaklah bertanggungan membayar pampasan kepada semua orang yang memohon beli atau membeli apa-apa sekuriti berdasarkan kepercayaan pada suatu prospektus bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang ditanggung oleh sebab suatu pernyataan tidak benar dalamnya, atau oleh sebab ketidakdedahan sengaja dalamnya mengenai apa-apa perkara yang dalam pengetahuannya dan yang diketahuinya adalah material, iaitu tiap-tiap orang yang— (a) ialah seorang pengarah pada masa pengeluaran prospektus itu; (b) membenarkan atau menyebabkan supaya dirinya dinamakan dan telah dinamakan dalam prospektus sebagai seorang pengarah atau sebagai telah bersetuju menjadi seorang pengarah sama ada dengan serta-merta atau selepas suatu lat tempoh masa; (c) ialah seorang penaja perbadanan itu; atau (d) membenarkan atau menyebabkan pengeluaran prospektus itu. (2) Walau apa pun apa-apa dalam subseksyen (1), jika persetujuan pakar dikehendaki bagi pengeluaran sesuatu prospektus dan dia telah memberikan persetujuan itu, dia tidak boleh semata-mata oleh sebab persetujuan itu menjadi bertanggungan sebagai seorang yang membenarkan atau menyebabkan pengeluaran prospektus itu kecuali berkenaan dengan pernyataan yang tidak benar yang berupa dibuat olehnya sebagai seorang pakar, dan kemasukan dalam prospektus itu nama seseorang sebagai seorang pemegang amanah bagi pemegang debentur, juruaudit, jurubank, barrister, peguam bela atau peguam cara atau broker saham atau syer tidaklah boleh semata-mata kerana sebab itu sahaja ditafsirkan sebagai suatu kebenaran oleh orang itu bagi pengeluaran prospektus itu. (3) Tiada seorang pun boleh bertanggungan di bawah subseksyen (1) jika dia membuktikan— (a) bahawa, setelah memberikan persetujuan untuk menjadi pengarah bagi perbadanan itu, dia telah menarik balik persetujuannya sebelum pengeluaran prospektus itu, dan bahawa prospektus itu telah dikeluarkan tanpa kebenaran atau persetujuannya; (b) bahawa prospektus itu telah dikeluarkan tanpa pengetahuan atau persetujuannya dan dia telah dengan serta-merta memberikan notis awam yang munasabah mengenainya setelah dia menyedari akan pengeluaran prospektus itu; (c) bahawa selepas pengeluaran prospektus itu dan sebelum pengumpukan atau penjualan di bawahnya dia, setelah menyedari akan apa-apa pernyataan tidak benar dalam prospektus itu, telah menarik balik persetujuannya dan telah memberikan notis awam yang munasabah mengenai penarikan balik itu dan mengenai sebab baginya; atau (d) bahawa— (i) berkenaan dengan tiap-tiap pernyataan tidak benar yang tidak berupa sebagai dibuat atas kebenaran seorang pakar atau suatu dokumen atau pernyataan rasmi awam, dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai, dan telah mempercayai sehingga masa pengumpukan, penerbitan atau penjualan sekuriti itu bahawa pernyataan itu benar; (ii) berkenaan dengan tiap-tiap pernyataan tidak benar yang berupa sebagai suatu pernyataan yang dibuat oleh seorang pakar atau yang berdasarkan suatu pernyataan yang dibuat oleh seorang pakar atau yang terkandung dalam apa-apa yang berupa sebagai suatu salinan atau cabutan daripada suatu laporan atau penilaian seorang pakar, ia benar-benar menggambarkan pernyataan itu, atau suatu salinan benar dan bersih suatu cabutan daripada laporan atau penilaian itu, dan dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai, dan telah mempercayai sehingga masa pengeluaran prospektus itu, bahawa pakar yang membuat pernyataan itu berwibawa untuk membuatnya dan bahawa pakar itu telah memberikan persetujuan yang dikehendaki oleh seksyen 13 bagi pengeluaran prospektus itu dan telah tidak menarik balik persetujuan itu sebelum suatu salinan prospektus itu dihantar serah untuk pendaftaran atau, pada pengetahuan orang itu, sebelum apa-apa pengumpukan, penerbitan atau penjualan di bawah prospektus itu; dan (iii) berkenaan dengan tiap-tiap pernyataan tidak benar yang berupa sebagai suatu pernyataan yang dibuat oleh seorang pegawai rasmi atau yang terkandung dalam apa-apa yang berupa suatu salinan atau cabutan daripada dokumen rasmi awam, ia adalah suatu gambaran yang betul dan tepat mengenai pernyataan itu atau salinan atau cabutan daripada dokumen itu. (4) Subseksyen (3) tidaklah terpakai dalam hal seseorang yang bertanggungan, disebabkan dia telah memberikan persetujuan yang dikehendaki daripadanya oleh seksyen 13 sebagai seorang yang telah membenarkan atau menyebabkan pengeluaran prospektus berkenaan dengan suatu pernyataan tidak benar yang berupa sebagai telah dibuat olehnya sebagai seorang pakar. (5) Seseorang yang selain subseksyen ini akan juga menjadi bertanggungan di bawah subseksyen (1), disebabkan dia telah memberikan persetujuan yang dikehendaki daripadanya oleh seksyen 13, sebagai seorang yang telah membenarkan pengeluaran sesuatu prospektus berkenaan dengan suatu pernyataan yang tidak benar yang berupa sebagai telah dibuat olehnya sebagai seorang pakar tidak akan menjadi bertanggungan sedemikian jika dia membuktikan— (a) bahawa, selepas memberikan persetujuannya di bawah seksyen 13 mengenai pengeluaran prospektus itu, dia telah menarik balik persetujuan itu secara bertulis sebelum suatu salinan prospektus itu diserahkan kepada Lembaga; (b) bahawa, selepas suatu salinan prospektus itu diserahkan kepada Lembaga dan sebelum penerbitan atau penjualan di bawah prospektus itu, dia telah, setelah menyedari akan pernyataan tidak benar itu, menarik balik persetujuannya secara bertulis dan telah memberikan notis awam yang munasabah mengenai penarikan balik itu dan mengenai sebab baginya; atau (c) bahawa dia berwibawa untuk membuat pernyataan itu dan bahawa dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai dan telah mempercayai sehingga masa penerbitan atau penjualan sekuriti itu bahawa pernyataan itu benar. (6) Jika— (a) sesuatu prospektus mengandungi nama seseorang sebagai pengarah suatu perbadanan, atau sebagai telah bersetuju untuk menjadi pengarah, dan dia tidak memberikan persetujuannya untuk menjadi pengarah, atau dia telah menarik balik persetujuannya sebelum pengeluaran prospektus itu, dan telah tidak membenarkan atau memberikan persetujuannya bagi pengeluaran prospektus itu; atau (b) persetujuan seseorang dikehendaki di bawah seksyen 13 bagi pengeluaran prospektus dan dia sama ada telah tidak memberikan persetujuan itu atau telah menarik balik persetujuan itu sebelum pengeluaran prospektus itu, pengarah syarikat itu kecuali mana-mana pengarah yang tanpa pengetahuan atau persetujuannya prospektus itu dikeluarkan, dan mana-mana orang lain yang membenarkan atau menyebabkan pengeluaran prospektus itu, adalah bertanggungan untuk menanggung rugi orang yang dinamakan sedemikian atau yang persetujuannya dikehendaki sedemikian terhadap semua ganti rugi, kos dan perbelanjaan yang dia mungkin bertanggungan disebabkan namanya telah dimasukkan dalam prospektus itu atau kemasukan suatu pernyataan yang berupa sebagai telah dibuat olehnya sebagai seorang pakar dalam prospektus itu, atau dalam membela dirinya terhadap apa-apa tindakan atau prosiding undang-undang yang dibawa terhadapnya berkenaan dengannya.

Read this section in the full act → · Open Division 2 →

Find Act 704 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next