Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 15
Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 15
s 15 Criminal liability for mis-statement in prospectus
(1) Where in any prospectus, or in any advertisement of the kind referred to in section 10, there is an untrue statement or wilful non-disclosure, any person who authorised or caused the issue of the prospectus or advertisement commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both unless he proves that the statement or non-disclosure was immaterial or that he had reasonable ground for believing and did, up to the time of the issue of the prospectus, believe that the statement was true or that the non-disclosure was immaterial.
(2) A person shall not be deemed to have authorised or caused the issue of a prospectus by reason only of his having given the consent required by this Division to the inclusion therein of a statement purporting to be made by him as an expert.
Malay text (authoritative)
Liabiliti jenayah kerana pernyataan silap dalam prospektus
(1) Jika dalam mana-mana prospektus, atau dalam manamana jenis iklan yang disebut dalam seksyen 10, terdapat suatu pernyataan tidak benar atau ketidakdedahan sengaja, manamana orang yang membenarkan atau menyebabkan pengeluaran prospektus atau iklan itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau keduaduanya melainkan jika dia membuktikan bahawa pernyataan atau ketidakdedahan itu tidak material atau bahawa dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai dan telah mempercayai, sehingga masa pengeluaran prospektus itu, bahawa pernyataan itu adalah benar atau ketidakdedahan itu tidak material.
(2) Seseorang tidak boleh disifatkan sebagai telah membenarkan atau menyebabkan pengeluaran sesuatu prospektus semata-mata oleh sebab dia memberikan persetujuan yang dikehendaki oleh Penggal ini bagi kemasukan sesuatu pernyataan yang berupa sebagai dibuat olehnya sebagai seorang pakar ke dalam prospektus itu.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).