My bookmarksSign up free
← Labuan Financial Services and Securities Act 2010

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 155

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 155

s 155 Exceptions

(1) For the avoidance of doubt, insider dealing is not committed in the following circumstances: (a) an acquisition or disposal of securities or the communication of information that is carried out under any other written law relating to schemes of arrangement, reconstructions and take-overs relating to corporations; (b) a clearing house which acquires or disposes of securities for the purpose of settlement of a market contract or in relation to any proceedings or other action relating to the settlement of a market contract where the acquisition or disposal of securities is effected in accordance with the rules of the clearing house; (c) a stock exchange in relation to a sale or purchase of securities where the stock exchange acts on an instruction from a clearing house; (d) the redemption of units of a collective investment scheme by a trustee or manager under a trust deed relating to that collective investment scheme in accordance with a buy-back covenant contained or deemed to be contained in the trust deed at a price that is required by the trust deed to be calculated, so far as is reasonably practicable, by reference to the underlying value of the assets less— (i) any liabilities of that collective investment scheme to which the units relates; and (ii) any reasonable charge for purchasing the units; (e) subscribing for, or purchasing, securities under an underwriting agreement or a sub-underwriting agreement and includes entering in to such an agreement or selling securities subscribed for, or purchased, under such an agreement; (f) the sale or purchase of securities pursuant to a requirement imposed by the Government, a statutory body or any regulatory authority, or any requirement imposed under any written law or order of court; and (g) communication of information pursuant to a requirement imposed by the Government, a statutory body or any regulatory body or any requirement imposed under any written law or order of court.

Malay text (authoritative)

Kecualian

(1) Bagi mengelakkan keraguan, urus niaga orang dalam tidak boleh dilakukan dalam hal keadaan yang berikut: (a) suatu pemerolehan atau pelupusan sekuriti atau penyampaian maklumat yang dijalankan di bawah mana-mana undangundang bertulis lain yang berhubungan dengan skim perkiraan, pembentukan semula dan pengambilalihan yang berhubungan dengan perbadanan; (b) suatu pusat penjelasan yang memperoleh atau melupuskan sekuriti bagi maksud penyelesaian suatu kontrak pasaran atau berhubung dengan apa-apa prosiding atau tindakan lain yang berhubungan dengan penyelesaian kontrak pasaran jika perolehan atau pelupusan sekuriti itu dilaksanakan mengikut kaedah-kaedah pusat penjelasan; (c) suatu bursa saham berhubung dengan suatu penjualan atau pembelian sekuriti yang bursa saham itu bertindak atas arahan daripada suatu pusat penjelasan; (d) penebusan unit bagi sesuatu skim pelaburan kolektif oleh pemegang amanah atau pengurus di bawah suatu surat ikatan amanah yang berhubungan dengan skim pelaburan kolektif itu mengikut waad pembelian balik yang terkandung atau disifatkan terkandung dalam surat ikatan amanah itu pada harga yang dikehendaki oleh surat ikatan amanah itu supaya dikira, setakat yang boleh dilaksanakan dengan munasabah, dengan merujuk kepada nilai dasar aset itu ditolak— (i) apa-apa liabiliti bagi skim pelaburan kolektif yang dengannya unit itu adalah berhubungan; dan (ii) apa-apa caj munasabah bagi pembelian saham itu; (e) memohon beli, atau membeli, sekuriti di bawah suatu perjanjian pengunderaitan atau perjanjian subpengunderaitan dan termasuk membuat perjanjian sedemikian atau menjual sekuriti yang dipohon beli, atau dibeli, di bawah perjanjian sedemikian; (f) penjualan atau pembelian sekuriti menurut kehendak yang dikenakan oleh Kerajaan, badan berkanun atau mana-mana pihak berkuasa pengawalseliaan, atau apa-apa kehendak yang dikenakan di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau perintah mahkamah; dan (g) penyampaian maklumat menurut kehendak yang dikenakan oleh Kerajaan, badan berkanun atau mana-mana badan pengawalseliaan atau apa-apa kehendak yang dikenakan di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau perintah mahkamah.

Read this section in the full act → · Open Division 3 →

Find Act 704 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next