Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 169
Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 169
s 169 Surrender of licence or registration
(1) Any licensed entity under this Act may surrender its licence or registration respectively with the prior approval of the Authority.
(2) The licensed entity shall give fourteen days’ notice to the Authority of the surrender.
(3) The Authority shall give its approval if it is satisfied that licensed entity has made adequate provision in respect of all its liabilities, and thereupon shall appoint a date on which the surrender is to take effect.
(4) Where the approval of the Authority has been obtained under subsection (3), the licensed entity shall, not later than twenty-one days before the date appointed under subsection (3), publish an advertisement of the proposed surrender in at least one widely circulated Malaysian newspaper and one international financial newspaper.
(5) The Authority shall, as soon as practicable, publish in the one widely circulated Malaysian newspaper and one international financial newspaper a notice of every surrender under this section but any delay in publishing such notice or failure to publish such notice shall not in any manner affect the validity of such surrender.
Malay text (authoritative)
Penyerahan balik lesen atau pendaftaran
(1) Mana-mana entiti berlesen di bawah Akta ini boleh menyerahkan balik lesen atau pendaftarannya masing-masing dengan kelulusan Lembaga terlebih dahulu.
(2) Entiti berlesen itu hendaklah memberi empat belas hari notis kepada Lembaga mengenai penyerahan balik itu.
(3) Lembaga boleh memberikan kelulusannya jika Lembaga berpuas hati bahawa entiti berlesen itu telah membuat peruntukan yang mencukupi berkenaan dengan semua liabilitinya, dan selepas itu hendaklah menetapkan tarikh yang penyerahan balik itu mula berkuat kuasa.
(4) Jika kelulusan Lembaga telah diperoleh di bawah subseksyen (3), entiti berlesen itu hendaklah, tidak lewat daripada dua puluh satu hari sebelum tarikh yang ditetapkan di bawah subseksyen (3), menyiarkan suatu iklan mengenai penyerahan balik yang dicadangkan itu dalam sekurang-kurangnya satu akhbar Malaysia yang diedarkan dengan meluas dan satu akhbar kewangan antarabangsa.
(5) Lembaga hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, menyiarkan dalam satu akhbar Malaysia yang diedarkan dengan meluas dan satu akhbar kewangan antarabangsa suatu notis mengenai tiap-tiap penyerahan balik di bawah seksyen ini tetapi apa-apa kelengahan dalam menyiarkan notis itu atau kegagalan untuk menyiarkan notis itu tidaklah dengan apa-apa cara menjejaskan kesahan penyerahan balik itu.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).