Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 168
Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 168
s 168 Revocation procedure
(1) Before revoking any consent, licence or registration under section 167, the Authority shall—
(a) give the licensed entity notice in writing of the grounds on which it intends to do so;
(b) afford the licensed entity opportunity to make written representations to it within a period of thirty days after receipt of the notice; and
(c) take such representations into consideration.
(2) Where the Authority revokes any licence or registration under section 167, the Authority shall give notice in writing to the licensed entity of such revocation and the revocation shall take effect on the date specified in the notice.
(3) Where the revocation is of a bank licence or an insurance licence, the Authority shall, as soon as practicable, publish in one widely circulated newspaper in Malaysia and one international financial newspaper a notice of the revocation of the bank licence or the insurance licence, as the case may be, under this section but any delay in publishing such notice or failure to publish such notice shall not in any manner affect the validity of such revocation.
(4) Where the revocation is of the registration of a Labuan trust company, in addition to subsections (1) and (2)—
(a) upon a request for revocation, the Labuan trust company shall satisfy the Authority that it has made adequate provision in respect of all its liabilities and shall also appoint a date on which the revocation is to take effect; and
(b) the Labuan trust company shall, not later than twentyone days before the date appointed under paragraph (4)(a) above, publish an advertisement of the proposed revocation of its registration in at least one widely circulated Malaysian newspaper and one international financial newspaper.
Malay text (authoritative)
Tatacara pembatalan
(1) Sebelum membatalkan apa-apa persetujuan, lesen atau pendaftaran di bawah seksyen 167, Lembaga hendaklah—
(a) memberikan notis bertulis kepada entiti berlesen itu mengenai alasan yang berdasarkannya Lembaga berniat berbuat demikian;
(b) memberi entiti berlesen itu peluang untuk membuat representasi bertulis kepada Lembaga dalam tempoh tiga puluh hari selepas penerimaan notis itu; dan
(c) menimbangkan representasi itu.
(2) Jika Lembaga membatalkan apa-apa lesen atau pendaftaran di bawah seksyen 167, Lembaga hendaklah memberikan notis bertulis kepada entiti berlesen itu mengenai pembatalan itu dan pembatalan itu hendaklah berkuat kuasa pada tarikh yang dinyatakan dalam notis itu.
(3) Jika pembatalan itu adalah mengenai suatu lesen bank atau lesen insurans, Lembaga hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, menyiarkan dalam satu akhbar yang diedarkan secara meluas di Malaysia dan satu akhbar kewangan antarabangsa suatu notis mengenai pembatalan lesen bank atau lesen insurans itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah seksyen ini tetapi apa-apa kelengahan dalam menyiarkan notis itu atau kegagalan untuk menyiarkan notis itu tidaklah dengan apa-apa cara menjejaskan kesahan pembatalan itu.
(4) Jika pembatalan itu adalah mengenai pendaftaran suatu syarikat amanah Labuan, sebagai tambahan kepada subseksyen (1) dan (2)—
(a) atas permintaan bagi pembatalan, syarikat amanah Labuan itu hendaklah memuaskan hati Lembaga bahawa ia telah membuat peruntukan yang mencukupi berkenaan dengan semua liabilitinya dan hendaklah juga menetapkan tarikh yang pembatalan itu akan berkuat kuasa; dan
(b) syarikat amanah Labuan itu hendaklah, tidak lewat daripada dua puluh satu hari sebelum tarikh yang ditetapkan di bawah perenggan (4)(a), menyiarkan suatu iklan mengenai pembatalan pendaftarannya yang dicadangkan dalam sekurang-kurangnya satu akhbar Malaysia yang diedarkan secara meluas dan satu akhbar kewangan antarabangsa.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).