My bookmarksSign up free
← Labuan Financial Services and Securities Act 2010

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 27

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 27

s 27 Interpretation

(1) In this Part, unless the context otherwise requires— “investor” means a person, including a custodian and an underwriter, who is the owner of securities issued by a mutual fund but does not include a person who only takes the initiative in forming or organising the business of the mutual fund and does not have any ownership in the fund; “operator”, in respect of a mutual fund, means— (a) where the mutual fund is a corporation, a director of that corporation; (b) where the mutual fund is a limited partnership, a general partner in that limited partnership; (c) where the mutual fund is a limited liability partnership, the designated partner in that limited liability partnership; or (d) where the mutual fund is a unit trust, a trustee of that trust; “promoter” means a person acting alone or in conjunction with others directly or indirectly who takes the initiative in forming or organising the business of a mutual fund, but does not include a custodian or an underwriter who receives underwriting commission without taking part in the founding or organising of the mutual fund business; “registered public fund” means a public fund registered under section 33; “shares” means one or more of the shares in the share capital of a mutual fund company including, in the case of a company limited by guarantee, the interest of a member of such company and includes an interest in a mutual fund partnership and a unit in a mutual fund unit trust.

Malay text (authoritative)

Tafsiran

Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “pelabur” ertinya seseorang, termasuk penjaga dan pengunderait, yang merupakan pemunya sekuriti yang diterbitkan oleh suatu dana bersama tetapi tidak termasuk seseorang yang mengambil inisiatif untuk membentuk atau mengelolakan perniagaan dana bersama dan tidak ada pemunyaan dalam dana itu; “pengendali”, berkenaan dengan suatu dana bersama, ertinya— (a) jika dana bersama itu ialah suatu perbadanan, seorang pengarah perbadanan itu; (b) jika dana bersama itu ialah suatu perkongsian terhad, seorang pekongsi am dalam perkongsian terhad itu; (c) jika dana bersama itu ialah suatu perkongsian liabiliti terhad, pekongsi ditetapkan dalam perkongsian liabiliti terhad itu; atau (d) jika dana bersama itu ialah suatu amanah saham, seorang pemegang amanah bagi amanah itu; “penaja” ertinya seseorang yang bertindak bersendirian atau bersama-sama dengan orang lain secara langsung atau tidak langsung yang mengambil inisiatif dalam membentuk atau mengelolakan perniagaan suatu dana bersama, tetapi tidak termasuk seorang penjaga atau seorang pengunderait yang menerima komisen pengunderaitan tanpa mengambil bahagian dalam penubuhan atau pengelolaan perniagaan dana bersama itu; “dana awam berdaftar” ertinya suatu dana awam yang didaftarkan di bawah seksyen 33; “syer” ertinya satu syer atau lebih dalam modal syer suatu syarikat dana bersama termasuk, dalam hal suatu syarikat berhad dengan jaminan, kepentingan seseorang anggota syarikat itu dan termasuklah suatu kepentingan dalam suatu perkongsian dana bersama dan suatu saham dalam suatu amanah saham dana bersama. PENGGAL 2 DANA BERSAMA SUBPENGGAL 1 DANA PERSENDIRIAN

Read this section in the full act → · Open Division 1 →

Find Act 704 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next