My bookmarksSign up free
← Labuan Financial Services and Securities Act 2010

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 4

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 4

s 4 Fit and proper person

(1) Every licensed entity shall ensure that its directors, principal officers and trust officers, where applicable, remain as fit and proper persons throughout their appointment with the licensed entity. (2) If a director, principal officer or trust officer, where applicable, ceases to be a fit and proper person, the licensed entity and such director, principal officer or trust officer, where applicable, shall as soon as reasonably practicable, notify the Authority in writing of the same, together with details of the change. (3) In determining whether a person is a fit and proper person under this Act, the Authority may take into consideration the following: (a) integrity, competence, soundness of judgment and financial standing of the person; (b) whether the person has been adjudged a bankrupt, in Malaysia or elsewhere; (c) whether the person has been convicted of a criminal offence in Malaysia or elsewhere and where the penalty imposed is imprisonment of one year or more, whether in itself or in addition to a fine; and (d) such other criteria as may be specified in guidelines issued by the Authority. (4) A person shall be under a duty to give notice in writing to the Authority, as soon as practicable, of any material event that could reasonably be expected to affect his status as a fit and proper person. (5) Where the Authority is satisfied that a person is not fit and proper, the Authority may disqualify the person from acting in his capacity as a director, principal officer or trust officer, as the case may be, of a licensed entity.

Malay text (authoritative)

Orang yang layak dan sesuai

(1) Tiap-tiap entiti berlesen hendaklah memastikan bahawa pengarahnya, pegawai prinsipalnya dan pegawai amanahnya, jika berkenaan, kekal sebagai orang yang layak dan sesuai sepanjang pelantikan mereka dengan entiti berlesen itu. (2) Jika seseorang pengarah, pegawai prinsipal atau pegawai amanah, jika berkenaan, tidak lagi menjadi orang yang layak dan sesuai, entiti berlesen itu dan pengarah, pegawai prinsipal atau pegawai amanah itu, jika berkenaan, hendaklah dengan seberapa segera yang munasabah dapat dilaksanakan, memberitahu Lembaga secara bertulis mengenainya, berserta dengan butir-butir mengenai perubahan itu. (3) Dalam menentukan sama ada seseorang ialah orang yang layak dan sesuai di bawah Akta ini, Lembaga bolehlah mengambil kira yang berikut: (a) integriti, kecekapan, kebolehan berfikiran dengan bijak dan kedudukan kewangan orang itu; (b) sama ada orang itu telah dihukum bankrap, sama ada di Malaysia atau di tempat lain; (c) sama ada orang itu telah disabitkan atas suatu kesalahan jenayah di Malaysia atau di tempat lain dan jika penalti yang dikenakan ialah pemenjaraan selama satu tahun atau lebih, sama ada dengan sendirinya atau sebagai tambahan kepada suatu denda; dan (d) apa-apa kriteria lain yang dinyatakan dalam garis panduan yang dikeluarkan oleh Lembaga. (4) Seseorang adalah berkewajipan untuk memberikan notis bertulis kepada Lembaga, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan, mengenai apa-apa kejadian material yang boleh dijangkakan dengan munasabah akan menjejaskan statusnya sebagai seorang yang layak dan sesuai. (5) Jika Lembaga berpuas hati bahawa seseorang tidak layak dan sesuai, Lembaga boleh menghilangkan kelayakan orang itu daripada bertindak atas sifatnya sebagai pengarah, pegawai prinsipal atau pegawai amanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi entiti berlesen.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part I β†’

Find Act 704 on lom.agc.gov.my β†—

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next