Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 5
Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 5
s 5 Business in, from or through Labuan
(1) A person licensed to carry on any of the activities under this Act shall carry on such activities only in, from or through Labuan except that a licensed entity may carry on such business in Malaysia outside Labuan as may be permitted by the Authority from time to time:
Provided that nothing in this section permits a licensed entity from carrying on any regulated activities under the Capital Markets and Services Act 2007 [Act 671], where such regulated activities are carried on in Malaysia other than Labuan.
(2) Notwithstanding subsection (1), a mutual fund, a fund manager and a fund administrator established, licensed or registered, as the case may be, under Part III shall be deemed to be carrying on business in Labuan notwithstanding that the business is carried on wholly outside Labuan or outside Labuan from a place of business or registered office within Labuan and the expression “carrying on business from Labuan” includes carrying on business outside Labuan from a place of business or a registered office within Labuan.
Malay text (authoritative)
Perniagaan dalam, dari atau melalui Labuan
(1) Seseorang yang dilesenkan untuk menjalankan mana-mana aktiviti di bawah Akta ini hendaklah menjalankan aktiviti itu hanya dalam, dari atau melalui Labuan kecuali bahawa sesuatu entiti berlesen boleh menjalankan apa-apa perniagaan dalam Malaysia di luar Labuan sebagaimana yang dibenarkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa: Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini membenarkan sesuatu entiti berlesen menjalankan mana-mana aktiviti terkawal di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671], jika aktiviti terkawal itu dijalankan dalam Malaysia selain Labuan.
(2) Walau apa pun subseksyen (1), suatu dana bersama, seorang pengurus dana dan seorang pentadbir dana yang ditubuhkan, dilesenkan atau didaftarkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah Bahagian III hendaklah disifatkan menjalankan perniagaan di Labuan walaupun perniagaan itu dijalankan keseluruhannya di luar Labuan atau di luar Labuan dari suatu tempat perniagaan atau pejabat berdaftar di dalam Labuan dan ungkapan “menjalankan perniagaan dari Labuan” termasuklah menjalankan perniagaan di luar Labuan dari suatu tempat perniagaan atau pejabat berdaftar di dalam Labuan.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).