Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 56
Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 56
s 56 Application for licence
(1) An application to the Authority under subsection 55(1) to be licensed as a securities licensee under this Part shall be made in writing by or on behalf of the applicant to the Authority.
(2) An application for a licence to carry on business as a securities licensee shall be—
(a) made in such form as may be specified by the Authority; and
(b) accompanied by—
(i) such application fee as may be prescribed by regulations;
(ii) particulars of the financial and human resources and administrative facilities available to the applicant for the competent and efficient conduct of its business;
(iii) a statement on the following:
(aa) the address of the applicant’s place of business and its address for service relating to Labuan;
(bb) the name and address of a person in Labuan who is authorised to represent the applicant and to accept service on its behalf; and
(cc) the address of the applicant’s place of business outside Labuan;
(iv) a statement to the effect that applicant has declared its compliance with the Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Financing Act 2001 [Act 613] and shall ensure that it shall update its policies and procedures periodically so as to comply with their requirements; and
(v) such other information or documents as the Authority may reasonably require for the purpose of determining the application.
Malay text (authoritative)
Permohonan bagi lesen
(1) Sesuatu permohonan kepada Lembaga di bawah subseksyen 55(1) untuk dilesenkan sebagai pemegang lesen sekuriti di bawah Bahagian ini hendaklah dibuat secara bertulis kepada Lembaga oleh atau bagi pihak pemohon.
(2) Permohonan bagi lesen untuk menjalankan perniagaan sebagai pemegang lesen sekuriti hendaklah—
(a) dibuat mengikut apa-apa bentuk yang dinyatakan oleh Lembaga; dan
(b) disertai oleh—
(i) apa-apa fi permohonan yang ditetapkan oleh peraturanperaturan;
(ii) butir-butir mengenai sumber kewangan dan manusia dan kemudahan pentadbiran yang ada bagi pemohon untuk penjalanan perniagaannya dengan berwibawa dan cekap;
(iii) suatu pernyataan mengenai yang berikut;
(aa) alamat tempat perniagaan pemohon dan alamatnya bagi penyampaian berhubungan dengan Labuan;
(bb) nama dan alamat seseorang di Labuan yang diberi kuasa untuk mewakili pemohon dan menerima penyampaian bagi pihaknya; dan
(cc) alamat tempat perniagaan pemohon di luar Labuan;
(iv) suatu pernyataan yang membawa maksud bahawa pemohon telah mengisytiharkan pematuhan kepada Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 [Akta 613] dan hendaklah memastikan bahawa ia akan mengemaskinikan dasar dan tatacaranya secara berkala untuk mematuhi kehendaknya; dan
(v) apa-apa maklumat atau dokumen lain yang dikehendaki oleh Lembaga dengan munasabah bagi maksud menentukan permohonan itu.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).