Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 62
Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 62
s 62 Terms and conditions of licence
(1) The Authority may approve the application for a licence as a Labuan trust company subject to such terms and conditions, if any, as it may deem fit.
(2) Every Labuan trust company shall lodge a notice in the specified form with the Authority of—
(a) any change to its place of business in Labuan; and
(b) any change to its trust officers,
within seven days from the effective date of change specified.
(3) Every Labuan trust company shall remain indemnified under a professional indemnity insurance policy with a coverage of not less than one million ringgit or its equivalent in any foreign currency or such other amount as may be determined by the Authority throughout its operation as a Labuan trust company.
(4) No Labuan trust company shall open any office or acquire or establish any subsidiary outside Labuan without the prior written consent of the Authority.
(5) Any person who contravenes subsection (4) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding three million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both.
Malay text (authoritative)
Terma dan syarat lesen
(1) Lembaga boleh meluluskan permohonan bagi lesen sebagai syarikat amanah Labuan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat, jika ada, yang difikirkannya patut.
(2) Tiap-tiap syarikat amanah Labuan hendaklah menyerahkan suatu notis dalam borang yang ditentukan kepada Lembaga mengenai—
(a) apa-apa perubahan kepada tempat perniagaannya di Labuan; dan
(b) apa-apa pertukaran pegawai amanahnya,
dalam masa tujuh hari dari tarikh berkuatkuasanya perubahan atau pertukaran yang dinyatakan itu.
(3) Tiap-tiap syarikat amanah Labuan hendaklah sentiasa ditanggung rugi di bawah suatu polisi insurans tanggung rugi profesional dengan perlindungan yang tidak kurang daripada satu juta ringgit atau yang setara dengannya dalam apa-apa mata wang asing atau apa-apa amaun lain yang ditentukan oleh Lembaga sepanjang syarikat itu beroperasi sebagai suatu syarikat amanah Labuan.
(4) Tiada syarikat amanah Labuan boleh membuka apa-apa pejabat atau memperoleh atau menubuhkan apa-apa subsidiari di luar Labuan tanpa mendapatkan persetujuan bertulis Lembaga terlebih dahulu.
(5) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).