Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 83
Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 83
s 83 Money paid to a Labuan trust company to be held in trust
(1) Any money, property or other valuable consideration paid or given to or held by a Labuan trust company in a fiduciary capacity shall always be kept separate from those of the Labuan trust company, and shall be so marked in the books of the Labuan trust company relating to each particular trust as always to be distinguished from any other in the registers and other books of account kept by the Labuan trust company, so that at no time shall such monies, property or other valuable consideration form part of or be mixed with the general assets of the Labuan trust company, and all investments made by the company as trustee shall be so designated that the trusts to which the investments belong can be readily identified at any time.
(2) Any Labuan trust company which fails to comply with the requirement of subsection (1) and every officer of that Labuan trust company who is in default commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both.
Malay text (authoritative)
Wang yang dibayar kepada syarikat amanah Labuan hendaklah dipegang atas amanah
(1) Apa-apa wang, harta atau balasan bernilai lain yang dibayar atau diberikan atau dipegang oleh suatu syarikat amanah Labuan atas sifat fidusiarinya hendaklah sentiasa disimpan berasingan daripada wang, harta atau balasan bernilai syarikat amanah Labuan itu, dan hendaklah ditandakan sedemikian dalam buku syarikat amanah Labuan berhubungan dengan setiap amanah tertentu supaya sentiasa boleh dibezakan daripada mana-mana yang lain dalam daftar dan buku akaun lain yang disimpan oleh syarikat amanah Labuan itu, supaya tidak sekali-kali wang, harta atau balasan bernilai itu menjadi sebahagian daripada atau bercampur dengan aset am syarikat amanah Labuan itu, dan semua pelaburan yang dibuat oleh syarikat itu sebagai pemegang amanah hendaklah ditetapkan sedemikian supaya amanah yang kepadanya pelaburan itu tergolong boleh dikenal pasti dengan mudah pada bila-bila masa.
(2) Mana-mana syarikat amanah Labuan yang tidak mematuhi kehendak subseksyen (1) dan tiap-tiap pegawai syarikat amanah Labuan itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau keduaduanya.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).