My bookmarksSign up free
← Labuan Financial Services and Securities Act 2010

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 84

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 84

s 84 Commission, fees, charges and expenses levied by a Labuan trust company

(1) A Labuan trust company shall be entitled— (a) where it holds an estate on behalf of any person, to receive out of the estate a commission, in addition to all monies properly expended by the Labuan trust company and fees payable to it and chargeable against the estate; and (b) in all other cases, to levy fees, charges and expenses in respect of any work performed by the Labuan trust company for or on behalf of any person. (2) Where the Court is of the opinion that any commission, fees, charges or expenses levied in respect of any estate or in respect of any work performed by the Labuan trust company are excessive, the Court may, on the application of any person, on whose behalf the estate is held, or on whose behalf the work was performed, review that commission, fees, charges or expenses, and may reduce it as it thinks fit. (3) The commission, fees, charges or expenses which a Labuan trust company is entitled to receive under this section shall not in any way be affected or diminished by the fact that any other person may be entitled to a commission, fees, charges or expenses in respect of the work performed. (4) A Labuan trust company shall have the right to share the commission, fee, charges or expenses to which it is entitled under this section with any other person.

Malay text (authoritative)

Komisen, fi, caj dan perbelanjaan yang dilevikan oleh syarikat amanah Labuan

(1) Sesuatu syarikat amanah Labuan hendaklah berhak— (a) jika syarikat amanah itu memegang harta pusaka bagi pihak mana-mana orang, menerima daripada harta pusaka itu suatu komisen, sebagai tambahan kepada semua wang yang dibelanjakan dengan sepatutnya oleh syarikat amanah Labuan itu dan fi yang kena dibayar kepadanya dan yang boleh dikenakan terhadap harta pusaka itu; dan (b) dalam semua hal lain, melevikan fi, caj dan perbelanjaan berkenaan dengan apa-apa kerja yang dilaksanakan oleh syarikat amanah Labuan itu untuk atau bagi pihak manamana orang. (2) Jika Mahkamah berpendapat bahawa apa-apa komisen, fi, caj atau perbelanjaan yang dilevikan berkenaan dengan manamana harta pusaka atau berkenaan dengan apa-apa kerja yang dilaksanakan oleh syarikat amanah Labuan itu adalah keterlaluan, Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana orang, yang bagi pihaknya harta pusaka itu dipegang, atau yang bagi pihaknya kerja itu dilaksanakan, mengkaji semula komisen, fi, caj atau perbelanjaan itu, dan boleh mengurangkannya jika difikirkannya patut. (3) Komisen, fi, caj atau perbelanjaan yang berhak diterima oleh suatu syarikat amanah Labuan di bawah seksyen ini tidak boleh dalam apa-apa cara pun terjejas atau dikurangkan oleh sebab mana-mana orang lain mungkin berhak kepada suatu komisen, fi, caj atau perbelanjaan berkenaan dengan kerja yang dilaksanakan itu. (4) Suatu syarikat amanah Labuan hendaklah mempunyai hak untuk berkongsi komisen, fi, caj atau perbelanjaan yang ia berhak kepadanya di bawah seksyen ini dengan mana-mana orang lain.

Read this section in the full act → · Open Division 5 →

Find Act 704 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next