Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 9
s 9 False or misleading statements
(1) Where any statement or information is required to be submitted to the Authority in relation to any offer or invitation of securities submitted pursuant to subsection 8(3), an applicant and any of its officers shall notβ
(a) submit or cause to be submitted any statement or information that is false or misleading;
(b) submit or cause to be submitted any statement or information from which there is a material omission; or
(c) engage in or aid or abet conduct that he knows to be misleading or deceptive or is likely to mislead or deceive the Authority.
(2) It shall be a defence to a prosecution or any proceedings for contravention of subsection (1) if it is proved that the defendant, after making enquiries as were reasonable in the circumstances, had reasonable grounds to believe, and did until the time of the making of the statement or provision of the information or engaging in the conduct was of the belief thatβ
(a) the statement or information was true and not misleading;
(b) the omission was not material;
(c) there was no material omission; or
(d) the conduct in question was not misleading or deceptive.
(3) Any person who contravenes subsection (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both.
Malay text (authoritative)
Pernyataan palsu atau yang mengelirukan
(1) Jika apa-apa pernyataan atau maklumat dikehendaki supaya dikemukakan kepada Lembaga berhubungan dengan apaapa tawaran atau pelawaan sekuriti yang dikemukakan menurut subseksyen 8(3), seseorang pemohon dan mana-mana pegawainya tidak bolehβ
(a) mengemukakan atau menyebabkan supaya dikemukakan apa-apa pernyataan atau maklumat palsu atau yang mengelirukan;
(b) mengemukakan atau menyebabkan supaya dikemukakan apa-apa pernyataan atau maklumat yang mempunyai peninggalan material; atau
(c) terlibat dalam atau membantu atau menyubahati tingkah laku yang diketahuinya adalah mengelirukan atau memperdayakan atau yang berkemungkinan mengelirukan atau memperdayakan Lembaga.
(2) Menjadi suatu pembelaan terhadap pendakwaan atau apaapa prosiding bagi pelanggaran subseksyen (1) jika dibuktikan bahawa defendan, selepas membuat siasatan yang munasabah dalam hal keadaan itu, mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai, dan telah mempercayai sehingga masa pernyataan itu dibuat atau maklumat itu diberikan atau tingkah laku itu dilakukan mempercayai bahawaβ
(a) pernyataan atau maklumat itu adalah benar dan tidak mengelirukan;
(b) peninggalan itu tidak material;
(c) tidak terdapat apa-apa peninggalan yang material; atau
(d) tingkah laku yang berkenaan tidak mengelirukan atau memperdayakan.
(3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Read this section in the full act β Β· Open Division 2 β
Find Act 704 on lom.agc.gov.my β
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).