My bookmarksSign up free
← Labuan Financial Services and Securities Act 2010

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 92

Labuan Financial Services and Securities Act 2010 s 92

s 92 Grant of licence by the Authority

(1) Upon receiving an application for a licence under section 88, 89 or 90 and after being provided with all such information and documents as it may require under those sections, the Authority may approve the application, with or without conditions, or reject the application. (2) Where the Authority rejects the application, the Authority shall notify the applicant in writing of the rejection. (3) Where the Authority approves the application for a licence under subsection (1), the Authority shall issue the licence to the applicant upon the applicant’s satisfaction of any condition imposed under such application for licence. (4) A licence granted under this section shall remain in force until it is surrendered or revoked in accordance with this Act. (5) No applicant shall be granted a bank licence under this section without the written consent of the Authority if its capital funds are less than ten million ringgit or its equivalent in any foreign currency in cash or such amount as may be specified in writing by the Authority. (6) The Authority may, upon consultation with the Minister, by written notice to the bank licensee, vary the existing terms and conditions or impose such additional terms and conditions, in respect of a bank licence, from time to time as it deems fit.

Malay text (authoritative)

Pemberian lesen oleh Lembaga

(1) Apabila diterima suatu permohonan bagi lesen di bawah seksyen 88, 89 atau 90 dan selepas diberi semua maklumat dan dokumen yang dikehendaki oleh Lembaga di bawah seksyenseksyen itu, Lembaga boleh meluluskan permohonan itu, dengan atau tanpa syarat, atau menolak permohonan itu. (2) Jika Lembaga menolak permohonan itu, Lembaga hendaklah memberitahu pemohon secara bertulis mengenai penolakan itu. (3) Jika Lembaga meluluskan permohonan bagi lesen di bawah subseksyen (1), Lembaga hendaklah mengeluarkan lesen kepada pemohon apabila pemohon memenuhi apa-apa syarat yang dikenakan di bawah permohonan untuk lesen itu. (4) Lesen yang diberikan di bawah seksyen ini hendaklah terus berkuat kuasa sehinggalah lesen itu diserahkan balik atau dibatalkan mengikut Akta ini. (5) Tiada pemohon boleh diberi suatu lesen bank di bawah seksyen ini tanpa persetujuan bertulis Lembaga jika wang modalnya adalah kurang daripada sepuluh juta ringgit atau amaun yang setara dengannya dalam apa-apa mata wang asing dalam bentuk tunai atau apa-apa amaun yang ditentukan secara bertulis oleh Lembaga. (6) Lembaga boleh, selepas berunding dengan Menteri, melalui notis bertulis kepada pemegang lesen bank, mengubah terma dan syarat sedia ada atau mengenakan apa-apa terma dan syarat tambahan, berkenaan dengan lesen bank, dari semasa ke semasa sebagaimana yang difikirkannya patut.

Read this section in the full act → · Open Division 2 →

Find Act 704 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next