My bookmarksSign up free
← Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010

Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010 s 100

Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010 s 100

s 100 Payment of policy monies where there is no nomination

(1) Where a policy owner dies without having made a nomination, subject to section 99, the Labuan takaful operator shall pay the policy monies of the deceased policy owner to the applicant who produces the Grant of Probate, Letters of Administration or Distribution Order. (2) Subject to subsection (1), the Labuan takaful operator may pay to the policy owner’s spouse, child or parent in that order of priority and where there is more than one spouse, child or parent, in equal shares to each person of that class and where there is no spouse, child or parent and— (a) where the policy monies do not exceed one hundred thousand ringgit or its equivalent in foreign currency or such greater amount or denomination as may be specified, the Labuan takaful operator may pay all that policy monies without requiring the Grant of Probate, Letters of Administration or Distribution Order— (i) to a person who satisfies the Labuan takaful operator to be entitled and likely to be given the Grant of Probate, Letters of Administration or Distribution Order; or (ii) to a person who satisfies the Labuan takaful operator to be beneficially entitled to the estate of the deceased policy owner; or (b) where the policy monies are more than one hundred thousand ringgit or its equivalent in foreign currency, or such greater amount or denomination as may be specified, the Labuan takaful operator may pay to the person referred to in subparagraph (a)(i) or (ii) the amount referred to in that paragraph and subject to subsection (6), pay to that person the balance of the policy monies upon production of the Grant of Probate, Letters of Administration or Distribution Order. (3) In this section, a reference to policy monies is a reference to the aggregate amount of policy monies in respect of all policies of the policy owner with that Labuan takaful operator where there is no nomination. (4) The Grant of Probate, Letters of Administration or Distribution Order granted or having effect as if granted, in respect of the personal estate comprising the policy monies, by a court in Malaysia or a competent authority outside Malaysia, or its certified copy shall be sufficient proof to the Labuan takaful operator to pay the policy monies to the person to whom the grant was made. (5) The Labuan takaful operator may accept the Grant of Probate, Letters of Administration or Distribution Order or any other document having the same effect, granted by a court in Malaysia or a competent authority outside Malaysia, as sufficient proof to pay the policy monies of the deceased policy owner to the person to whom the grant was made, provided that such Grant of Probate, Letters of Administration or Distribution Order or other document having the same effect has been duly registered with the court in Malaysia and sealed in accordance with the Probate and Administration Act 1959 [Act 97]. (6) Where, upon the expiry of twelve months after a payment under paragraph (2)(b) has been made by a Labuan takaful operator, a balance of the policy monies still remains payable and no claim has been made by a person who holds a Grant of Probate, Letters of Administration or Distribution Order, the Labuan takaful operator shall pay the balance of the policy monies to the person who received the initial payment of the policy monies. (7) Policy monies paid under this section shall be deemed to have been duly paid and the Labuan takaful operator shall be discharged from liability in respect of the policy monies so paid notwithstanding the absence or invalidity of, or any defect in, the Grant of Probate, Letters of Administration or Distribution Order or any other document having the same effect. (8) A person to whom a payment may be made under this section shall give a receipt which shall be deemed to be a valid receipt.

Malay text (authoritative)

Pembayaran wang polisi jika tidak ada penamaan

(1) Jika pemunya polisi mati tanpa membuat penamaan, tertakluk kepada seksyen 99, pengendali takaful Labuan hendaklah membayar wang polisi pemunya polisi yang mati itu kepada pemohon yang mengemukakan Pemberian Probet, Surat Kuasa Mentadbir atau Perintah Pembahagian. (2) Tertakluk kepada subseksyen (1), pengendali takaful Labuan boleh membayar kepada suami atau isteri, anak atau ibu atau bapa pemunya polisi mengikut susunan keutamaan itu dan jika terdapat lebih daripada seorang isteri, anak atau ibu atau bapa, dalam bahagian yang sama kepada setiap orang dalam golongan itu dan jika tiada suami atau isteri, anak atau ibu atau bapa dan— (a) jika wang polisi itu tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau nilai yang bersamaan dengannya dalam mata wang asing atau apa-apa amaun atau jenis mata wang yang lain yang lebih banyak sebagaimana yang ditentukan, pengendali takaful Labuan boleh membayar semua wang polisi itu tanpa menghendaki Pemberian Probet, Surat Kuasa Mentadbir atau Perintah Pembahagian— (i) kepada seseorang yang memuaskan hati pengendali takaful Labuan sebagai berhak dan berkemungkinan akan diberikan Pemberian Probet, Surat Kuasa Mentadbir atau Perintah Pembahagian; atau (ii) kepada seseorang yang memuaskan hati pengendali takaful Labuan sebagai berhak secara benefisial kepada harta pusaka pemunya polisi yang telah mati itu; atau (b) jika wang polisi itu adalah lebih daripada satu ratus ribu ringgit atau nilai yang bersamaan dengannya dalam mata wang asing, atau apa-apa amaun atau jenis mata wang yang lain yang lebih banyak sebagaimana yang ditentukan, pengendali takaful Labuan boleh membayar kepada orang yang disebut dalam subperenggan (a)(i) atau (ii) amaun yang disebut dalam perenggan itu dan tertakluk kepada subseksyen (6), membayar kepada orang itu baki wang polisi itu apabila Pemberian Probet, Surat Kuasa Mentadbir atau Perintah Pembahagian dikemukakan. (3) Dalam seksyen ini, sebutan mengenai wang polisi ialah sebutan mengenai amaun agregat wang polisi berkenaan dengan semua polisi pemunya polisi dengan pengendali takaful Labuan itu jika tidak ada penamaan. (4) Pemberian Probet, Surat Kuasa Mentadbir atau Perintah Pembahagian yang diberikan atau yang mempunyai kuat kuasa seolah-olah telah diberikan, berkenaan dengan harta pusaka diri yang terdiri daripada wang polisi itu, oleh mahkamah di Malaysia atau suatu pihak berkuasa yang berwibawa di luar Malaysia, atau salinan terperakunya hendaklah menjadi bukti yang mencukupi kepada pengendali takaful Labuan itu untuk membayar wang polisi itu kepada orang yang kepadanya pemberian itu dibuat. (5) Pengendali takaful Labuan boleh menerima Pemberian Probet, Surat Kuasa Mentadbir atau Perintah Pembahagian atau apa-apa dokumen lain yang mempunyai kuat kuasa yang sama, yang diberikan oleh suatu mahkamah di Malaysia atau suatu pihak berkuasa yang berwibawa di luar Malaysia, sebagai bukti yang mencukupi untuk membayar wang polisi pemunya polisi yang mati itu kepada orang yang kepadanya pemberian itu telah dibuat, dengan syarat bahawa Pemberian Probet, Surat Kuasa Mentadbir atau Perintah Pembahagian atau dokumen lain yang mempunyai kuat kuasa yang sama itu telah didaftarkan dengan sewajarnya di mahkamah di Malaysia dan dimeteraikan mengikut Akta Probet dan Pentadbiran 1959 [Akta 97]. (6) Jika, setelah habis tempoh dua belas bulan selepas suatu pembayaran di bawah perenggan (2)(b) telah dibuat oleh seseorang pengendali takaful Labuan, suatu baki wang polisi itu masih kena dibayar dan tiada tuntutan telah dibuat oleh seseorang yang memegang Pemberian Probet, Surat Kuasa Mentadbir atau Perintah Pembahagian, pengendali takaful Labuan hendaklah membayar baki wang polisi itu kepada orang yang menerima bayaran awal wang polisi itu. (7) Wang polisi yang dibayar di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan telah dibayar dengan sewajarnya dan pengendali takaful Labuan hendaklah dilepaskan daripada liabiliti berkenaan dengan wang polisi yang telah dibayar sedemikian walaupun tidak ada atau terdapat ketidaksahan, atau apa-apa kecacatan dalam, Pemberian Probet, Surat Kuasa Mentadbir atau Perintah Pembahagian atau apa-apa dokumen lain yang mempunyai kuat kuasa yang sama. (8) Seseorang yang kepadanya suatu pembayaran boleh dibuat di bawah seksyen ini hendaklah memberikan suatu resit yang hendaklah disifatkan sebagai resit yang sah.

Read this section in the full act → · Open Chapter 4 →

Find Act 705 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next