My bookmarksSign up free
← Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010

Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010 s 101

Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010 s 101

s 101 Payment to person incompetent to contract

Where a person has not attained the age of eighteen years, or is certified by a medical practitioner in the public service to be of unsound mind and no committee of his estate has been appointed, or to be incapable, by reason of infirmity of mind or body, of managing himself and his property and affairs, the Labuan takaful operator— (a) in the case of a nominee under subsection 97(1)— (i) if the policy monies are ten thousand ringgit or its equivalent in foreign currency or less or such other amount or denomination as may be specified, may pay to a person who satisfies the Labuan takaful operator that he will apply the policy monies for the maintenance and benefit of the nominee under subsection 97(1), or a person to whom policy monies are payable under subsections 100(2) or (6), subject to the execution of an undertaking by that person that the policy monies will be applied solely for the maintenance and benefit of the nominee; and (ii) if the policy monies are more than the amount in paragraph (a), shall pay to the Public Trustee or a trust company nominated by the Public Trustee; or (b) in the case of a person to whom policy monies are payable under subsection 100(2) or (6), shall pay to the Public Trustee or a trust company nominated by the Public Trustee.

Malay text (authoritative)

Pembayaran kepada orang yang tidak berwibawa untuk berkontrak

Jika seseorang yang belum mencapai umur lapan belas tahun, atau yang diperakui oleh seorang pengamal perubatan dalam perkhidmatan awam sebagai tidak sempurna akal dan tiada jawatankuasa estetnya telah dilantik, atau menjadi tidak berupaya, oleh sebab kelemahan akal atau tubuh, untuk menguruskan dirinya dan harta serta hal ehwalnya, pengendali takaful Labuan— (a) dalam hal seorang penama di bawah subseksyen 97(1)— (i) jika wang polisi itu ialah sepuluh ribu ringgit atau yang bersamaan dengannya dalam mata wang asing atau kurang atau apa-apa amaun atau jenis mata wang yang lain sebagaimana yang ditentukan, boleh membayar kepada seseorang yang memuaskan hati pengendali takaful Labuan itu bahawa dia akan menggunakan wang polisi itu untuk saraan dan faedah penama di bawah subseksyen 97(1), atau seseorang yang kepadanya wang polisi itu kena dibayar di bawah subseksyen 100(2) atau (6), tertakluk kepada pelaksanaan suatu aku janji oleh orang itu bahawa wang polisi itu akan digunakan semata-mata untuk saraan dan faedah penama itu; dan (ii) jika wang polisi adalah lebih daripada amaun dalam perenggan (a), hendaklah membayar kepada Pemegang Amanah Raya atau suatu syarikat amanah yang dinamakan oleh Pemegang Amanah Raya; atau (b) dalam hal seseorang yang kepadanya wang polisi kena dibayar di bawah subseksyen 100(2) atau (6), hendaklah membayar kepada Pemegang Amanah Raya atau suatu syarikat amanah yang dinamakan oleh Pemegang Amanah Raya.

Read this section in the full act → · Open Chapter 4 →

Find Act 705 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next