Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010 s 154
Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010 s 154
s 154 Power to compound
(1) The Authority may, with the written consent of the Public Prosecutor, compound any offence committed by any person under this Act by making a written offer to such person to compound the offence upon payment to the Authority, within such time as may be specified in the offer, such amount not exceeding fifty per centum of the amount of the maximum fine for that offence.
(2) An offer under subsection (1) may be made at any time after the offence has been committed, but before any prosecution for it has been instituted.
(3) If the amount specified in the offer under subsection (1) is not paid within the time specified in the offer or within such extended period as the Authority may grant, prosecution for the offence may be instituted at any time thereafter against the person to whom the offer was made.
(3) Where an offence has been compounded under subsection
(1), no prosecution shall thereafter be instituted in respect of such offence against the person to whom the offer to compound was made.
(4) Any money received by the Authority under this section shall be paid into and form part of the fund established under section 29 of the Labuan Financial Services Authority Act 1996.
Malay text (authoritative)
Kuasa untuk mengkompaun
(1) Lembaga boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, mengkompaunkan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh manamana orang di bawah Akta ini dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang itu untuk mengkompaun kesalahan itu atas pembayaran kepada Lembaga, dalam masa yang ditentukan dalam tawaran itu, suatu amaun yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu.
(2) Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.
(3) Jika amaun yang ditentukan dalam tawaran di bawah subseksyen (1) itu tidak dibayar dalam masa yang ditentukan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh yang dilanjutkan sebagaimana yang diberikan oleh Lembaga, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
(4) Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan selepas itu berkenaan dengan kesalahan terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun telah dibuat.
(5) Apa-apa wang yang diterima oleh Lembaga di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 29 Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).