My bookmarksSign up free
← Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010

Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010 s 21

Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010 s 21

s 21 Labuan trust company, bank licensee or Islamic bank licensee as agent in offer

(1) No allotment or issue shall be made of any securities of a corporation offered under subsection 13(1), being an offer not excluded under subsection 13(5), unless the securities have been offered through a Labuan trust company, bank licensee or Islamic bank licensee. (2) For the avoidance of doubt, a Labuan trust company, bank licensee or Islamic bank licensee shall be the agent of a corporation which has offered securities pursuant to subsection 13(1) through the Labuan trust company, bank licensee or Islamic bank licensee to receive applications for the issue of securities and shall be so described in the prospectus. (3) All monies payable on application for the securities in a corporation shall be paid to the Labuan trust company, bank licensee or Islamic bank licensee acting as an agent for the corporation, and pending receipt by the Labuan trust company, bank licensee or Islamic bank licensee of the amount of the minimum subscription, it shall hold all monies received by it upon trust for the applicant, and if the amount of the minimum subscription is not received by the Labuan trust company, bank licensee or Islamic bank licensee within the time stated in the prospectus, the Labuan trust company, bank licensee or Islamic bank licensee shall, subject to any right under the terms of the prospectus to deduct any costs and charges owing to it or to the Authority in connection with the prospectus or the offer or his acting as a broker in the matter, return the application monies or such proportion thereof as remains after making deductions, if any, in accordance with the terms of the prospectus to the applicants pro rata based on the respective amounts paid by them. (4) Upon receipt by a Labuan trust company, bank licensee or Islamic bank licensee acting as agent for a corporation of the amount of the minimum subscription on behalf of the corporation, the Labuan trust company, bank licensee or Islamic bank licencee shall, subject to its right to deduct from such monies its proper remuneration and disbursement, hold such monies and any further application monies as agent for the corporation.

Malay text (authoritative)

Syarikat amanah Labuan, pemegang lesen bank atau pemegang lesen bank Islam sebagai ejen bagi tawaran

(1) Tiada pengumpukan atau penerbitan apa-apa sekuriti sesuatu perbadanan yang ditawarkan di bawah subseksyen 13(1) yang merupakan tawaran yang tidak dikecualikan di bawah subseksyen 13(5), boleh dibuat melainkan jika sekuriti itu telah ditawarkan melalui suatu syarikat amanah Labuan, pemegang lesen bank atau pemegang lesen bank Islam. (2) Bagi mengelakkan keraguan, suatu syarikat amanah Labuan, pemegang lesen bank atau pemegang lesen bank Islam hendaklah menjadi ejen sesuatu perbadanan yang menawarkan sekuriti menurut subseksyen 13(1) melalui syarikat amanah Labuan, pemegang lesen bank atau pemegang lesen bank Islam itu untuk menerima permohonan bagi penerbitan sekuriti dan hendaklah diperihalkan sedemikian dalam prospektus. (3) Segala wang yang kena dibayar atas permohonan sekuriti dalam sesuatu perbadanan hendaklah dibayar kepada syarikat amanah Labuan, pemegang lesen bank atau pemegang lesen bank Islam yang bertindak sebagai ejen bagi perbadanan itu, dan sementara menanti penerimaan amaun permohonan beli minimum oleh syarikat amanah Labuan, pemegang lesen bank atau pemegang lesen bank Islam itu, ia hendaklah memegang segala wang yang diterima olehnya atas amanah bagi pemohon itu, dan jika amaun permohonan beli minimum itu tidak diterima oleh syarikat amanah Labuan, pemegang lesen bank atau pemegang lesen bank Islam itu dalam masa yang dinyatakan dalam prospektus itu, syarikat amanah Labuan, pemegang lesen bank atau pemegang lesen bank Islam itu hendaklah, tertakluk kepada apa-apa hak di bawah terma prospektus untuk memotong apa-apa kos dan caj yang terhutang kepadanya atau kepada Lembaga berkaitan dengan prospektus atau tawaran itu atau tindakannya sebagai broker dalam perkara itu, mengembalikan wang permohonan itu atau apa-apa perkadarannya sebagai baki selepas pemotongan dibuat, jika ada, mengikut terma prospektus itu kepada pemohon secara pro rata berdasarkan masing-masing amaun yang dibayar oleh mereka. (4) Apabila syarikat amanah Labuan, pemegang lesen bank atau pemegang lesen bank Islam yang bertindak sebagai ejen bagi suatu perbadanan menerima amaun permohonan beli minimum bagi pihak perbadanan itu, syarikat amanah Labuan, pemegang lesen bank atau pemegang lesen bank Islam itu hendaklah, tertakluk kepada haknya untuk memotong saraan dan perbelanjaan yang sepatutnya daripada wang itu, memegang wang itu dan apa-apa wang permohonan selanjutnya sebagai ejen perbadanan itu.

Read this section in the full act → · Open Chapter 1 →

Find Act 705 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next