My bookmarksSign up free
← Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010

Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010 s 67

Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010 s 67

s 67 Grant of licence by the Authority

(1) Upon receiving an application for a licence in accordance with sections 63, 64 or 65 and after being provided with all such information and documents as it may require under such sections, and additional information and documents under section 66, the Authority may approve the application, with or without conditions, or reject the application. (2) Where the Authority rejects the application for a licence under subsection (1), the Authority shall notify the applicant in writing of the rejection. (3) Where the Authority approves the application for a licence under subsection (1), the Authority shall issue the licence to the applicant upon the applicant’s satisfaction of any condition imposed under such application for licence. (4) A licence granted under this section shall remain in force until it is surrendered or revoked in accordance with the provisions of this Act. (5) No applicant shall be granted a licence under this section without the written consent of the Authority if its capital funds are less than ten million ringgit or its equivalent in any foreign currency in cash or such amount as may be specified in writing by the Authority. (6) The Authority may, upon consultation with the Minister, by written notice to the Islamic bank licensee, vary the existing terms and conditions or impose such additional terms and conditions, in respect of the licence, from time to time as it deems fit.

Malay text (authoritative)

Pemberian lesen oleh Lembaga

(1) Apabila menerima permohonan bagi lesen mengikut seksyen 63, 64 atau 65 dan selepas diberikan segala maklumat dan dokumen sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen itu, dan maklumat dan dokumen tambahan di bawah seksyen 66, Lembaga boleh meluluskan permohonan itu, dengan atau tanpa syarat, atau menolak permohonan itu. (2) Jika Lembaga menolak permohonan bagi lesen di bawah subseksyen (1), Lembaga hendaklah memberitahu pemohon secara bertulis mengenai penolakan itu. (3) Jika Lembaga meluluskan permohonan bagi lesen di bawah subseksyen (1), Lembaga hendaklah mengeluarkan lesen itu kepada pemohon setelah pemohon berpuas hati dengan apa-apa syarat yang dikenakan di bawah permohonan bagi lesen itu. (4) Sesuatu lesen yang diberikan di bawah seksyen ini hendaklah terus berkuat kuasa sehingga lesen itu diserahkan balik atau dibatalkan mengikut peruntukan Akta ini. (5) Tiada pemohon boleh diberikan suatu lesen di bawah seksyen ini tanpa keizinan bertulis Lembaga jika dana modalnya adalah kurang daripada sepuluh juta ringgit atau yang bersamaan dengannya dalam apa-apa mata wang asing dalam bentuk tunai atau apa-apa amaun sebagaimana yang ditentukan secara bertulis oleh Lembaga. (6) Lembaga boleh, selepas berunding dengan Menteri, melalui notis bertulis kepada pemegang lesen bank Islam, mengubah terma dan syarat yang sedia ada atau mengenakan apa-apa terma dan syarat tambahan, berkenaan dengan lesen itu, dari semasa ke semasa sebagaimana yang difikirkannya patut.

Read this section in the full act → · Open Chapter 2 →

Find Act 705 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next