My bookmarksSign up free
← Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010

Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010 s 70

Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010 s 70

s 70 Amendment or alteration of constituent documents of Islamic bank licensee

(1) Every Islamic bank licensee which is a Labuan company shall, prior to the making of any amendment or alteration to any of its constituent documents, furnish to the Authority particulars in writing as to such proposed amendment or alteration for the approval of the Authority. (2) Every Islamic bank licensee which is a foreign Labuan company or a Malaysian bank shall within three months after the making of any amendment or alteration to its constituent documents, furnish to the Authority particulars in writing of such amendment or alteration duly authenticated in a manner acceptable to the Authority by a director of the Islamic bank licensee. (3) No Islamic bank licensee shall make any amendment or alteration that is contrary to any written law to its constituent documents. (4) No participant of the Islamic bank licensee who holds fifteen per centum or more of the paid-up capital of the Islamic bank licensee shall be changed without the prior written approval of the Authority and, where the Islamic bank licensee is a foreign Labuan company, it shall promptly notify the Authority of any change in its participants who hold fifteen per centum or more of its paid-up capital.

Malay text (authoritative)

Pindaan atau pengubahan dokumen konstituen pemegang lesen bank Islam

(1) Tiap-tiap pemegang lesen bank Islam yang merupakan suatu syarikat Labuan hendaklah, sebelum membuat apa-apa pindaan atau pengubahan kepada mana-mana dokumen konstituennya, memberi Lembaga butir-butir bertulis tentang pindaan atau pengubahan yang dicadangkan itu untuk kelulusan Lembaga. (2) Tiap-tiap pemegang lesen bank Islam yang merupakan suatu syarikat Labuan asing atau suatu bank Malaysia hendaklah dalam masa tiga bulan selepas pembuatan apa-apa pindaan atau pengubahan kepada dokumen konstituennya, memberi Lembaga butir-butir bertulis mengenai pindaan atau pengubahan sedemikian yang disahkan dengan sewajarnya oleh seorang pengarah pemegang lesen bank Islam itu mengikut cara yang boleh diterima oleh Lembaga. (3) Tiada pemegang lesen bank Islam boleh membuat apa-apa pindaan atau pengubahan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang bertulis kepada dokumen konstituennya. (4) Tiada peserta pemegang lesen bank Islam yang memegang lima belas peratus modal berbayar pemegang lesen bank Islam atau lebih boleh ditukar tanpa kelulusan bertulis Lembaga terlebih dahulu dan, jika pemegang lesen bank Islam itu ialah suatu syarikat Labuan asing, pemegang lesen bank Islam itu hendaklah dengan segera memberitahu Lembaga mengenai apa-apa pertukaran dalam pesertanya yang memegang lima belas peratus modal berbayarnya atau lebih.

Read this section in the full act → · Open Chapter 2 →

Find Act 705 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next