Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010 s 71
Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010 s 71
s 71 Authority to publish list of Labuan Islamic bank licensee
(1) The Authority shall publish annually not later than 31 March of each year a list of all existing Labuan Islamic bank licensees as at 31 December of the preceding year and their licence numbers in the Gazette, and if any licence is issued, revoked or surrendered after such publication, the Authority shall cause to be published in the Gazette, as soon as practicable, a revised list of all existing Labuan Islamic bank licensees.
(2) The list referred to in subsection (1) shall be contained in the same Gazette published by the Authority under section 96 of the Labuan Financial Services and Securities Act 2010.
Malay text (authoritative)
Lembaga hendaklah menyiarkan senarai pemegang lesen bank Islam Labuan
(1) Lembaga hendaklah menyiarkan pada setiap tahun tidak lewat daripada 31 Mac setiap tahun, suatu senarai mengenai semua pemegang lesen bank Islam Labuan yang sedia ada setakat 31 Disember tahun sebelumnya dan nombor lesen mereka dalam Warta, dan jika apa-apa lesen dikeluarkan, dibatalkan atau diserahkan balik, selepas penyiaran sedemikian, Lembaga hendaklah menyebabkan disiarkan, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, suatu senarai yang telah disemak mengenai semua pemegang lesen bank Islam Labuan yang sedia ada dalam Warta.
(2) Senarai yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah terkandung dalam Warta yang sama yang disiarkan oleh Lembaga di bawah seksyen 96 Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).