My bookmarksSign up free
← Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010

Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010 s 78

Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010 s 78

s 78 Application for takaful licence to carry on Labuan takaful business

(1) Subject to section 77, every applicant for a licence to carry on Labuan takaful business shall satisfy the Authority that— (a) the applicant is or will be, a Labuan company or a foreign Labuan company or a branch of a Malaysian takaful operator; (b) the working funds of the applicant— (i) in a case where the applicant proposes to carry on either family takaful business or general takaful business, are at least seven million and five hundred thousand ringgit or its equivalent in any foreign currency or such other amount or denomination as may be specified by the Authority; (ii) in a case where the applicant proposes to carry on solely Labuan retakaful business, are at least ten million ringgit or its equivalent in any foreign currency or such other amount or denomination as may be specified by the Authority; or (iii) in a case where the applicant proposes to carry on solely Labuan captive takaful business, are at least three hundred thousand ringgit or its equivalent in any foreign currency or such other amount or denomination as may be specified by the Authority; (c) the sum of money specified in paragraph (b) is maintained in an account of the applicant with a bank in Labuan, as evidenced by a certificate of such bank, at the time when the application is made; (d) the person in control, director and principal officer of the applicant are fit and proper persons to be associated with a Labuan takaful operator; (e) the applicant either— (i) has established, or will establish, its management in Labuan with adequate knowledge and expertise of the Labuan takaful business to be carried on; or (ii) has appointed, or will appoint, a licensed Labuan takaful underwriting manager or Labuan takaful manager in Labuan with adequate knowledge and experience of the Labuan takaful business to be carried on; and for the purpose of paragraph (ii), save that with respect to applicants who apply to carry out Labuan captive takaful business, such applicant shall appoint only a Labuan takaful underwriting manager; and (f) the applicant will become a member of an association as prescribed by the Authority. (2) Notwithstanding paragraph (1)(b), the Authority may, having regard to the extent and volume of Labuan takaful business which the applicant proposes to carry on, specify a lesser amount of working funds, subject to the applicant providing adequate guarantee on such terms and conditions as may be acceptable to the Authority for the difference in amount. (3) Every application for a license to carry on Labuan takaful business shall— (a) be made in writing and be submitted to the Authority; (b) state whether such Labuan takaful business is in relation to family takaful business or general takaful business; (c) set out the types of Labuan takaful business, as the case may be, which are to be carried on under the takaful licence; (d) set out the applicant’s business plans; and (e) be accompanied by— (i) a copy of— (aa) the applicant’s constituent documents, duly authenticated by a director or officer of the applicant; (bb) the resolutions of the board and the general meeting, if any, of the applicant, duly authenticated by a director or officer of the applicant, authorising the applicant to apply for a takaful licence; (cc) the applicant’s certificate of incorporation or registration, as the case may be, certified by the relevant registering authority in the place of establishment or origin of the applicant; and (dd) except in relation to an application to carry on a Labuan captive takaful business, a letter of awareness from the applicant’s home supervisory authority or such authority as may be specified by the Authority. (ii) a copy of the applicant’s audited annual accounts for the three consecutive years immediately preceding the application, where applicable; (iii) a statement on— (aa) the name, place and date of establishment of the applicant; (bb) the names, addresses, qualifications and experience of the directors and officers responsible for the overall management of the affairs of the applicant; and (cc) the name and address of each member who holds fifteen per centum or more of the voting shares of the applicant; (iv) a declaration by the applicant on the probity of the applicant’s directors and officers who would be concerned in the management of the proposed Labuan takaful operator; and (v) in the case of an application by a Labuan company, a guarantee secured and an undertaking given, and, in the case of an application by a foreign Labuan company or a branch of a Malaysian takaful operator, an undertaking given, by the applicant in respect of its Labuan takaful business, in such manner and such form as may be acceptable to the Authority, and such guarantee and undertaking shall provide, inter alia, that— (aa) the applicant shall comply with the financial obligations and requirements imposed under this Act and shall meet the applicant’s liabilities in respect of its Labuan takaful business; (bb) where the applicant is a Labuan company, no participant of the applicant who holds ten per centum or more of the paid-up capital of the applicant shall be changed without the prior written approval of the Authority and, where the applicant is a foreign Labuan company, that it shall promptly notify the Authority of any change in its participants who hold ten per centum or more of its paid-up capital; and (cc) every director or the principal officer of the applicant responsible for the management of its Labuan takaful business shall be a fit and proper person and the appointment of such director or principal officer shall only be made after consultation with the Authority. (4) Subparagraph (3)(e)(v) shall not apply to an application to carry on a Labuan captive takaful business where the policy owner is a related corporation or associate corporation of the Labuan takaful operator. (5) The Authority may require from the applicant such other information or documents as may be specified by the Authority for the purpose of determining the application. (6) The information or documents specified by the Authority under subsection (5) may differ as between applicants, or different classes, categories or descriptions of applicants as may be determined by the Authority. (7) An application under this section may be made in relation to a person not yet established under the Labuan Companies Act 1990 but will be so established in the event of such person obtaining a takaful licence, and in such event, the requirements of subsection (1) may be varied by the Authority as it deems appropriate.

Malay text (authoritative)

Permohonan bagi lesen takaful untuk menjalankan perniagaan takaful Labuan

(1) Tertakluk kepada seksyen 77, tiap-tiap pemohon bagi mendapatkan suatu lesen untuk menjalankan perniagaan takaful Labuan hendaklah memuaskan hati Lembaga bahawa— (a) pemohon ialah, atau akan menjadi, suatu syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing atau suatu cawangan pengendali takaful Malaysia; (b) dana kerja pemohon— (i) dalam hal jika pemohon itu bercadang untuk menjalankan sama ada perniagaan takaful keluarga atau perniagaan takaful am, adalah sekurangkurangnya tujuh juta lima ratus ribu ringgit atau yang bersamaan dengannya dalam apa-apa mata wang asing atau apa-apa amaun atau jenis mata wang yang lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga; (ii) dalam hal jika pemohon itu bercadang untuk menjalankan perniagaan takaful semula Labuan semata-mata, adalah sekurang-kurangnya sepuluh juta ringgit atau yang bersamaan dengannya dalam apa-apa mata wang asing atau apa-apa amaun atau jenis mata wang yang lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga; atau (iii) dalam hal jika pemohon bercadang untuk menjalankan perniagaan takaful kaptif Labuan semata-mata, adalah sekurang-kurangnya tiga ratus ribu ringgit atau yang bersamaan dengannya dalam apa-apa mata wang asing atau apa-apa amaun atau jenis mata wang yang lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga; (c) jumlah wang yang dinyatakan dalam perenggan (b) disenggarakan dalam akaunnya dengan bank di Labuan, sebagaimana yang dibuktikan oleh perakuan bank itu, pada masa permohonan itu dibuat; (d) orang yang mengawal, pengarah dan pegawai prinsipal pemohon ialah orang yang layak dan sesuai untuk mempunyai kaitan dengan pengendali takaful Labuan; (e) pemohon itu sama ada— (i) telah menubuhkan, atau akan menubuhkan, pengurusannya di Labuan dengan pengetahuan dan kepakaran yang mencukupi bagi perniagaan takaful Labuan yang hendak dijalankan; atau (ii) telah melantik, atau akan melantik, seorang pengurus pengunderaitan takaful Labuan berlesen atau pengurus takaful Labuan di Labuan dengan pengetahuan dan pengalaman yang mencukupi bagi perniagaan takaful Labuan yang hendak dijalankan; bagi maksud perenggan (ii), kecuali berkenaan dengan pemohon yang memohon untuk menjalankan perniagaan takaful kaptif Labuan, pemohon itu hendaklah melantik hanya seorang pengurus pengunderaitan takaful Labuan; dan (f) pemohon akan menjadi anggota suatu persatuan yang ditetapkan oleh Lembaga. (2) Walau apa pun perenggan (1)(b), Lembaga boleh, setelah mengambil kira takat dan jumlah perniagaan takaful Labuan yang dicadangkan dijalankan oleh pemohon, menentukan suatu amaun dana kerja yang lebih rendah, tertakluk kepada pemohon memberikan jaminan yang mencukupi atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang boleh diterima oleh Lembaga bagi perbezaan amaun itu. (3) Tiap-tiap permohonan bagi mendapatkan lesen untuk menjalankan perniagaan takaful Labuan hendaklah— (a) dibuat secara bertulis dan dikemukakan kepada Lembaga; (b) menyatakan sama ada perniagaan takaful Labuan itu berkaitan dengan perniagaan takaful keluarga atau perniagaan takaful am; (c) menyatakan jenis perniagaan takaful Labuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang akan dijalankan di bawah lesen takaful; (d) menyatakan pelan perniagaan pemohon; dan (e) disertakan dengan— (i) suatu salinan— (aa) dokumen konstituen pemohon, yang telah disahkan dengan sewajarnya oleh seorang pengarah atau pegawai pemohon; (bb) resolusi lembaga dan mesyuarat agung, jika ada, pemohon, yang telah disahkan dengan sewajarnya oleh seorang pengarah atau pegawai pemohon, yang membenarkan pemohon untuk membuat permohonan bagi mendapatkan lesen takaful; (cc) perakuan pemerbadanan atau pendaftaran pemohon, mengikut mana-mana yang berkenaan, diperakui oleh pihak berkuasa mendaftar yang berkaitan di tempat penubuhan atau tempat asal pemohon; dan (dd) kecuali berhubung dengan permohonan untuk menjalankan perniagaan takaful kaptif Labuan, suatu surat kesedaran daripada pihak berkuasa penyeliaan tempatan pemohon atau apa-apa pihak berkuasa sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga; (ii) suatu salinan akaun tahunan pemohon yang telah diaudit bagi tiga tahun berturut-turut sebaik sebelum permohonan itu, jika berkenaan; (iii) suatu pernyataan mengenai— (aa) n a m a , t e m p a t d a n t a r i k h p e n u b u h a n pemohon; (bb) nama, alamat, kelayakan dan pengalaman pengarah dan pegawai yang bertanggungjawab bagi pengurusan keseluruhan hal ehwal pemohon itu; dan (cc) nama dan alamat setiap anggota yang memegang lima belas peratus syer mengundi pemohon atau lebih; (iv) suatu perisytiharan oleh pemohon mengenai kejujuran pengarah dan pegawai pemohon yang akan terlibat dengan pengurusan pengendali takaful Labuan yang dicadangkan itu; dan (v) dalam hal suatu permohonan oleh suatu syarikat Labuan, suatu jaminan yang didapatkan dan suatu aku janji yang diberikan, dan, dalam hal suatu permohonan oleh suatu syarikat Labuan asing atau cawangan pengendali takaful Malaysia, suatu aku janji yang diberikan, oleh pemohon berkenaan dengan perniagaan takaful Labuannya, mengikut apa-apa cara dan apa-apa bentuk sebagaimana yang boleh diterima oleh Lembaga, dan jaminan serta aku janji itu hendaklah memperuntukkan, antara lain, bahawa— (aa) pemohon itu hendaklah mematuhi obligasi kewangan dan kehendak yang dikenakan di bawah Akta ini dan hendaklah menjelaskan liabiliti pemohon berkenaan dengan perniagaan takaful Labuannya; (bb) jika pemohon ialah suatu syarikat Labuan, tiada peserta pemohon yang memegang sepuluh peratus modal berbayar pemohon atau lebih boleh ditukar tanpa mendapatkan kelulusan bertulis Lembaga terlebih dahulu dan, jika pemohon ialah suatu syarikat Labuan asing, bahawa ia hendaklah dengan segera memberitahu Lembaga tentang pertukaran pesertanya yang memegang sepuluh peratus modal berbayarnya atau lebih; dan (cc) tiap-tiap pengarah atau pegawai prinsipal pemohon yang bertanggungjawab bagi pengurusan takaful Labuannya hendaklah menjadi orang yang layak dan sesuai dan pelantikan pengarah atau pegawai prinsipal itu hendaklah hanya dibuat selepas berunding dengan Lembaga. (4) Subperenggan (3)(e)(v) tidak terpakai bagi suatu permohonan untuk menjalankan perniagaan takaful kaptif Labuan jika pemunya polisi ialah suatu perbadanan berkaitan atau perbadanan sekutu pengendali takaful Labuan. (5) Lembaga boleh menghendaki apa-apa maklumat atau dokumen lain daripada pemohon sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga bagi maksud memutuskan permohonan itu. (6) Maklumat atau dokumen yang ditentukan oleh Lembaga di bawah subseksyen (5) boleh berbeza antara pemohon, atau kelas, kategori atau perihalan berlainan bagi pemohon sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga. (7) Suatu permohonan di bawah seksyen ini boleh dibuat berhubung dengan orang yang belum ditubuhkan di bawah Akta Syarikat Labuan 1990 tetapi akan ditubuhkan sekiranya orang itu memperoleh suatu lesen takaful, dan dalam hal sedemikian, kehendak subseksyen (1) boleh diubah oleh Lembaga sebagaimana yang difikirkannya sesuai.

Read this section in the full act → · Open Chapter 2 →

Find Act 705 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next