My bookmarksSign up free
← Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010

Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010 s 79

Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010 s 79

s 79 Application for takaful licence to carry on Labuan takaful related activities

(1) Every applicant for a takaful licence to carry on business as a Labuan takaful manager, Labuan takaful underwriting manager or Labuan takaful broker shall satisfy the Authority that— (a) the person in control, director and principal officer of the applicant are fit and proper persons; (b) the applicant is able to maintain sufficient funds in its business to cover its expenses of operations and management in Labuan for at least six months; (c) in respect of an applicant for a takaful licence to carry on the business of Labuan takaful manager or Labuan underwriting manager— (i) the applicant has established, or will establish, its management in Labuan with adequate knowledge and expertise of the Labuan takaful business to be carried on; or (ii) the applicant has appointed, or will appoint, a licensed Labuan takaful manager or Labuan takaful underwriting manager in Labuan with adequate knowledge and experience of the Labuan takaful business to be carried on to act as its management in Labuan; (d) in respect of an applicant for a takaful licence to carry on business as a Labuan takaful broker— (i) the applicant has established, or will establish, its management in Labuan with adequate knowledge and expertise of the Labuan takaful business to be carried on; or (ii) the applicant has appointed, or will appoint, a licensed Labuan takaful manager in Labuan with adequate knowledge and experience of the Labuan takaful business to be carried on to act as its management in Labuan; (e) the applicant either has obtained or will obtain any professional indemnity insurance or professional indemnity takaful policy of not less than two million and five hundred thousand ringgit or its equivalent in any foreign currency or such other amount as may be specified by the Authority, and remain indemnified under such policy throughout its operation in Labuan; (f) the applicant holds such qualification as may be specified by the Authority; and (g) the applicant will become a member of an association as prescribed by the Authority. (2) Every application for a license to carry on business as a Labuan takaful manager, a Labuan takaful underwriting manager or a Labuan takaful broker shall— (a) be made in writing and be submitted to the Authority; (b) state the nature of the business to be carried on under the takaful licence; and (c) be accompanied by— (i) a copy of— (aa) the applicant’s constituent documents, duly authenticated by a director or officer of the applicant; (bb) the resolutions of the board and the general meeting, if any, of the applicant, duly authenticated by a director or officer of the applicant, authorizing the applicant to apply for a takaful licence; (cc) the applicant’s certificate of incorporation or registration, as the case may be, certified by the relevant registering authority in the place of establishment or origin of the applicant; and (dd) a letter of awareness from the applicant’s home supervisory authority or such authority as may be specified by the Authority; (ii) a copy of the applicant’s audited annual accounts for the three consecutive years immediately preceding the application, where applicable; (iii) a statement on— (aa) the name, place and date of establishment of the applicant; (bb) the names, addresses, qualifications and experience of the directors and officers responsible for the overall management of the affairs of the applicant; and (cc) the name and address of each member who holds fifteen per centum or more of the voting shares of the applicant; (iv) a declaration by the applicant on the probity of the applicant’s directors and officers who would be concerned in the management of the proposed Labuan takaful manager, a Labuan takaful underwriting manager or a Labuan takaful broker, as the case may be; and (v) in the case of an application by a Labuan company, a guarantee secured and an undertaking given, and, in the case of an application by a foreign Labuan company or a branch of a Malaysian takaful operator, an undertaking given, by the applicant in respect of the business of a Labuan takaful manager, a Labuan takaful underwriting manager or a Labuan takaful broker, as the case may be, in such manner and such form as may be acceptable to the Authority, and such guarantee and undertaking shall provide, inter alia, that— (aa) the applicant shall comply with the financial obligations and requirements imposed under this Act and shall meet the applicant’s liabilities in respect of the business of a Labuan takaful manager, a Labuan takaful underwriting manager or a Labuan takaful broker, as the case may be; (bb) where the applicant is a Labuan company, no participant of the applicant who holds ten per centum or more of the paid-up capital of the applicant shall be changed without the prior written approval of the Authority and, where the applicant is a foreign Labuan company, that it shall promptly notify the Authority of any change in its participants who hold ten per centum or more of its paid-up capital; and (cc) every director or the principal officer of the applicant responsible for the management of the business of a Labuan takaful manager, a Labuan takaful underwriting manager or a Labuan takaful broker, as the case may be, shall be a fit and proper person and the appointment of such director or principal officer shall only be made after consultation with the Authority. (3) The Authority may require from the applicant such other information or documents as may be specified by the Authority for the purpose of determining the application. (4) The matters specified under subsection (2) may differ as between applicants, or different classes, categories or descriptions of applicants.

Malay text (authoritative)

Permohonan bagi lesen takaful untuk menjalankan aktiviti berkaitan takaful Labuan

(1) Tiap-tiap pemohon bagi lesen takaful untuk menjalankan perniagaan sebagai pengurus takaful Labuan, pengurus pengunderaitan takaful Labuan atau broker takaful Labuan hendaklah memuaskan hati Lembaga bahawa— (a) orang yang mengawal, pengarah dan pegawai prinsipal pemohon ialah orang yang layak dan sesuai; (b) pemohon berupaya mengekalkan kumpulan wang yang cukup dalam perniagaannya untuk menampung perbelanjaan operasi dan pengurusannya di Labuan selama sekurangkurangnya enam bulan; (c) berkenaan dengan pemohon bagi lesen takaful untuk menjalankan perniagaan pengurus takaful Labuan atau pengurus pengunderaitan Labuan— (i) pemohon telah mewujudkan, atau akan menubuhkan, pengurusannya di Labuan dengan pengetahuan dan kepakaran yang mencukupi tentang perniagaan takaful Labuan yang hendak dijalankan; atau (ii) pemohon telah melantik, atau akan melantik, seorang pengurus takaful Labuan berlesen atau pengurus pengunderaitan takaful Labuan di Labuan dengan pengetahuan dan pengalaman yang mencukupi tentang perniagaan takaful Labuan yang hendak dijalankan untuk bertindak sebagai pengurusannya di Labuan; (d) berkenaan dengan pemohon bagi mendapatkan lesen takaful untuk menjalankan perniagaan sebagai broker takaful Labuan— (i) pemohon telah mewujudkan, atau akan mewujudkan, pengurusannya di Labuan dengan pengetahuan dan kepakaran yang mencukupi tentang perniagaan takaful Labuan yang hendak dijalankan; atau (ii) pemohon telah melantik, atau akan melantik, seorang pengurus takaful Labuan berlesen di Labuan dengan pengetahuan dan pengalaman yang mencukupi tentang perniagaan takaful Labuan yang hendak dijalankan untuk bertindak sebagai pengurusannya di Labuan; (e) pemohon sama ada telah memperoleh atau akan memperoleh apa-apa insurans tanggung rugi profesional atau polisi takaful tanggung rugi profesional yang tidak kurang daripada dua juta lima ratus ribu ringgit atau yang bersamaan dengannya dalam apa-apa mata wang asing atau apa-apa amaun lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, dan terus ditanggung rugi di bawah polisi itu sepanjang operasinya di Labuan; (f) pemohon memegang apa-apa kelayakan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga; dan (g) pemohon akan menjadi anggota suatu persatuan sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga. (2) Tiap-tiap permohonan bagi lesen untuk menjalankan perniagaan sebagai pengurus takaful Labuan, pengurus pengunderaitan takaful Labuan atau broker takaful Labuan hendaklah— (a) dibuat secara bertulis dan dikemukakan kepada Lembaga; (b) menyatakan jenis perniagaan yang hendak dijalankan di bawah lesen takaful itu; dan (c) disertakan dengan— (i) suatu salinan— (aa) dokumen konstituen pemohon, yang disahkan dengan sewajarnya oleh pengarah atau pegawai pemohon; (bb) ketetapan lembaga dan mesyuarat agung, jika ada, pemohon, yang disahkan dengan sewajarnya oleh pengarah atau pegawai pemohon, yang memberi kuasa kepada pemohon untuk memohon bagi mendapatkan suatu lesen takaful; (cc) perakuan pemerbadanan atau pendaftaran pemohon, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang diperakui oleh pihak berkuasa pendaftaran yang berkaitan di tempat penubuhan atau asal pemohon; dan (dd) suatu surat kesedaran daripada pihak berkuasa penyeliaan negara asal pemohon atau apa-apa pihak berkuasa sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga; (ii) suatu salinan akaun tahunan pemohon yang telah diaudit bagi tiga tahun berturut-turut sebaik sebelum permohonan itu, jika berkenaan; (iii) suatu pernyataan mengenai— (aa) n a m a , t e m p a t d a n t a r i k h p e n u b u h a n pemohon; (bb) nama, alamat, kelayakan dan pengalaman pengarah dan pegawai yang bertanggungjawab bagi pengurusan keseluruhan hal ehwal pemohon; dan (cc) nama dan alamat setiap anggota yang memegang lima belas peratus syer mengundi pemohon atau lebih; (iv) suatu perisytiharan oleh pemohon mengenai kejujuran pengarah dan pegawai pemohon yang akan terlibat dalam pengurusan pengurus takaful Labuan, pengurus pengunderaitan takaful Labuan atau broker takaful Labuan, yang dicadangkan itu, mengikut manamana yang berkenaan; dan (v) dalam hal suatu permohonan oleh suatu syarikat Labuan, suatu jaminan yang didapatkan dan suatu aku janji yang diberikan, dan, dalam hal suatu permohonan oleh suatu syarikat Labuan asing atau suatu cawangan pengendali takaful Malaysia, suatu aku janji yang diberikan, oleh pemohon berkenaan dengan perniagaan pengurus takaful Labuan, pengurus pengunderaitan takaful Labuan atau broker takaful Labuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengikut apa-apa cara dan apa-apa bentuk yang boleh diterima oleh Lembaga, dan jaminan dan aku janji itu hendaklah memperuntukkan, antara lain, bahawa— (aa) pemohon hendaklah mematuhi obligasi kewangan dan kehendak yang dikenakan di bawah Akta ini dan hendaklah menjelaskan liabiliti pemohon berkenaan dengan perniagaan pengurus takaful Labuan, pengurus pengunderaitan takaful Labuan atau broker takaful Labuan, mengikut mana-mana yang berkenaan; (bb) jika pemohon ialah suatu syarikat Labuan, tiada peserta pemohon yang memegang sepuluh peratus modal berbayar pemohon atau lebih boleh ditukar tanpa mendapatkan kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Lembaga dan, jika pemohon ialah suatu syarikat Labuan asing, bahawa ia hendaklah dengan segera memberitahu Lembaga tentang apa-apa perubahan mengenai pesertanya yang memegang sepuluh peratus modal berbayarnya atau lebih; dan (cc) tiap-tiap pengarah atau pegawai prinsipal pemohon yang bertanggungjawab bagi pengurusan perniagaan pengurus takaful Labuan, pengurus pengunderaitan takaful Labuan atau broker takaful Labuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menjadi orang yang layak dan sesuai dan pelantikan pengarah atau pegawai prinsipal itu hendaklah hanya dibuat selepas berunding dengan Lembaga. (3) Lembaga boleh menghendaki apa-apa maklumat atau dokumen lain daripada pemohon sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga bagi maksud memutuskan permohonan itu. (4) Perkara yang dinyatakan di bawah subseksyen (2) boleh berbeza antara pemohon, atau kelas, kategori atau perihalan berlainan bagi pemohon.

Read this section in the full act → · Open Chapter 2 →

Find Act 705 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next