My bookmarksSign up free
← Labuan Foundations Act 2010

Labuan Foundations Act 2010 s 56

Labuan Foundations Act 2010 s 56

s 56 Court may grant relief

(1) Notwithstanding anything contained in section 55, a Labuan foundation may, in pursuance of any such provision as referred to in subsection 53(2), indemnify any such council member, supervisory person, officer or secretary against any liability incurred by him in defending any proceedings, whether civil or criminal, in which judgment is given in his favour or in which he is acquitted or in connection with any application under subsections (2), (3) and (4) in which relief is granted to him by the Court. (2) If, in any proceedings for negligence, default, misconduct, omission or breach of duty against a council member, a supervisory person, an officer or a secretary of a Labuan foundation, it appears to the Court that he is or may be liable in respect of the negligence, default, misconduct, omission or breach of duty, but that he has acted honestly and reasonably and exercised due diligence, and that, having regard to all the circumstances of the case, including those connected with his appointment, he ought fairly to be excused for the negligence, default, misconduct, omission or breach of duty, the Court may relieve him, either wholly or partly, from his liability on such terms as the Court thinks fit. (3) Where a council member, a supervisory person, an officer or a secretary of a Labuan foundation has reason to apprehend that any claim will or might be made against him in respect of any negligence, default, misconduct, omission or breach of duty, he may apply to the Court for relief, and the Court shall, on any such application, have the power to grant him relief in respect of such negligence, default, misconduct, omission or breach of duty. (4) Where any case to which subsection (2) applies is being tried by a judge, the judge after hearing the evidence, may, if he is satisfied that the council member, supervisory person, officer or secretary ought in pursuance of that subsection to be relieved either in whole or in part from the liability sought to be enforced against him, withdraw the case in whole or in part and forthwith direct judgment to be entered for him on such terms as to costs or otherwise as the judge may think proper.

Malay text (authoritative)

Mahkamah boleh memberi relief

(1) Walau apa pun apa-apa yang terkandung dalam seksyen 55, sesuatu yayasan Labuan boleh, menurut mana-mana peruntukan sedemikian yang disebut dalam subseksyen 53(2), menanggung rugi mana-mana anggota majlis, orang yang menyelia, pegawai atau setiausaha sedemikian terhadap apa-apa liabiliti yang dilakukan olehnya dalam membuat pembelaan dalam apa-apa prosiding, sama ada sivil atau jenayah, yang dalamnya penghakiman yang memihak kepadanya diberikan atau yang dalamnya dia dibebaskan atau yang berkaitan dengan apa-apa permohonan di bawah subseksyen (2), (3) dan (4) yang relief diberikan kepadanya oleh Mahkamah. (2) Jika, dalam apa-apa prosiding bagi kecuaian, keingkaran, salah laku, peninggalan atau pelanggaran kewajipan terhadap seseorang anggota majlis, orang yang menyelia, pegawai atau setiausaha sesuatu yayasan Labuan, didapati oleh Mahkamah bahawa orang itu bertanggungan atau mungkin bertanggungan berkenaan dengan kecuaian, keingkaran, salah laku, peninggalan atau pelanggaran kewajipan, tetapi dia telah bertindak dengan jujur dan munasabah dan menjalankan usaha yang wajar, dan bahawa, setelah mengambil kira segala hal keadaan kes itu, termasuk yang berkaitan dengan pelantikannya, seadilnya dia patut dimaafkan bagi kecuaian, keingkaran, salah laku, peninggalan atau pelanggaran kewajipan itu, Mahkamah itu boleh melepaskannya, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, daripada liabilitinya atas apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Mahkamah itu. (3) Jika seseorang anggota majlis, orang yang menyelia, pegawai atau setiausaha sesuatu yayasan Labuan mempunyai sebab untuk mengkhuatiri bahawa apa-apa tuntutan akan atau mungkin dibuat terhadapnya berkenaan dengan apa-apa kecuaian, keingkaran, salah laku, peninggalan atau pelanggaran kewajipan, dia boleh memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan relief, dan Mahkamah hendaklah, atas mana-mana permohonan sedemikian, mempuyai kuasa untuk memberinya relief berkenaan dengan kecuaian, keingkaran, salah laku, peninggalan atau pelanggaran kewajipan itu. (4) Jika mana-mana kes yang baginya subseksyen (2) terpakai dibicarakan oleh seseorang hakim, hakim itu selepas mendengar keterangan, boleh, jika dia berpuas hati bahawa anggota majlis, orang yang menyelia, pegawai atau setiausaha itu patut menurut subseksyen itu dilepaskan sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya daripada liabiliti yang hendak dikuatkuasakan terhadapnya, menolak kes itu keseluruhannya atau sebahagiannya dan dengan serta-merta mengarahkan penghakiman yang memihak kepadanya dibuat atas apa-apa terma mengenai kos atau selainnya sebagaimana yang difikirkan patut oleh hakim itu.

Read this section in the full act → · Open Part VI →

Find Act 706 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 August 2015 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next