My bookmarksSign up free
← Labuan Limited Partnerships and Limited Liability Partnerships Act 2010

Labuan Limited Partnerships and Limited Liability Partnerships Act 2010 s 54

Labuan Limited Partnerships and Limited Liability Partnerships Act 2010 s 54

s 54 Liquidation or dissolution of recognized limited liability partnership in place of incorporation or origin

(1) If a recognized limited liability partnership goes into liquidation or is dissolved in its place of incorporation, establishment or origin, the recognized limited liability partnership shall, within one month after the commencement of the liquidation or dissolution or within such further time as the Authority in special circumstances allows, file or cause to be filed with the Authority— (a) a notice of such liquidation or dissolution; and (b) when a foreign liquidator is appointed to such recognized limited liability in its place of incorporation, establishment or origin, a notice of such appointment. (2) Upon receipt of the notice in paragraph (1)(a), the Authority shall forthwith appoint an approved liquidator and until such time that an approved liquidator is appointed to the recognized limited liability partnership, the foreign liquidator referred to in subsection (1) shall have the powers and functions of an approved liquidator. (3) If the recognized limited liability partnership fails to file the notice under paragraph (1)(a), the Authority may, at any time thereafter, appoint an approved liquidator to the recognized limited liability partnership. (4) Upon the appointment of an approved liquidator under subsection (2) or (3), the court shall be deemed to have ordered that the recognized limited liability partnership be wound up. (5) The approved liquidator shall get in all the properties of the recognized limited liability partnership situate or recoverable in Labuan and shall, in so doing, have all the powers of an approved liquidator of a Labuan company under the Labuan Companies Act 1990. (6) Before paying or transferring to a foreign liquidator referred to in subsection (1) any of the properties got in within Labuan, the approved liquidator shall— (a) pay to the Authority all penalties, costs, fees and charges due and owing; (b) pay the amount of all taxes payable under the Labuan Business Activity Tax Act 1990 [Act 445]; and (c) pay to any resident to whom, at the time of the appointment of the approved liquidator in Labuan, any debt incurred bona fide by a recognized limited liability partnership in respect of supply of services to or for the recognized limited liability partnership is due, the amount of such debt, and such penalties, costs, fees, charges, taxes and debts shall be a charge upon the properties of the recognized limited liability partnership ranking after the costs of the approved liquidator but in priority to all other charges and claims whatsoever. (7) The recognized limited liability partnership shall be deemed to continue to exist in Labuan until the winding-up of its affairs in Labuan is completed.

Malay text (authoritative)

Pelikuidasian atau pembubaran perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf di tempat pemerbadanan atau tempat asal

(1) Jika sesuatu perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf dilikuidasikan atau dibubarkan di tempat pemerbadanan, penubuhan atau di tempat asalnya, perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf hendaklah, dalam masa sebulan selepas bermulanya pelikuidasian atau pembubaran itu atau dalam apa-apa masa selanjutnya yang dibenarkan dalam hal keadaan tertentu oleh Lembaga, memfailkan atau menyebabkan supaya difailkan dengan Lembaga— (a) suatu notis mengenai pelikuidasian atau pembubaran itu; dan (b) apabila pelikuidasi asing dilantik bagi perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu di tempat pemerbadanan, penubuhan atau di tempat asalnya, suatu notis tentang pelantikan itu. (2) Apabila notis dalam perenggan (1)(a) diterima, Lembaga hendaklah dengan serta-merta melantik seorang pelikuidasi yang diluluskan dan sehinggalah pelikuidasi yang diluluskan itu dilantik bagi perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu, pelikuidasi asing yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah mempunyai kuasa dan fungsi seorang pelikuidasi yang diluluskan. (3) Jika perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu tidak memfailkan notis di bawah perenggan (1)(a), Lembaga boleh, pada bila-bila masa selepas itu, melantik pelikuidasi yang diluluskan bagi perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu. (4) Apabila seseorang pelikuidasi yang diluluskan dilantik di bawah subseksyen (2) atau (3), mahkamah hendaklah disifatkan telah memerintahkan perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu digulung. (5) Pelikuidasi yang diluluskan hendaklah mengumpulkan kesemua harta perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf yang berada atau boleh didapatkan di Labuan dan hendaklah, apabila berbuat demikian, mempunyai segala kuasa seorang pelikuidasi yang diluluskan bagi suatu syarikat Labuan di bawah Akta Syarikat Labuan 1990. (6) Sebelum membayar atau memindahkan hak milik kepada pelikuidasi asing yang disebut dalam subseksyen (1) apa-apa harta yang dikumpulkan di Labuan, pelikuidasi yang diluluskan itu hendaklah— (a) membayar kepada Lembaga kesemua penalti, kos, fi dan caj yang kena dibayar dan terhutang; (b) membayar amaun kesemua cukai yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 [Akta 445]; dan (c) membayar kepada mana-mana pemastautin yang kepadanya, pada masa pelantikan pelikuidasi yang diluluskan di Labuan, apa-apa hutang yang ditanggung dengan suci hati oleh perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu berkenaan dengan pembekalan perkhidmatan kepada atau bagi perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu kena dibayar, amaun hutang itu, dan penalti, kos, fi, caj, cukai dan hutang itu hendaklah menjadi suatu caj ke atas harta perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu yang berperingkat selepas kos pelikuidasi yang diluluskan tetapi yang menjadi keutamaan berbanding dengan semua caj dan tuntutan lain walau apa pun jua. (7) Perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu hendaklah disifatkan terus wujud di Labuan sehingga penggulungan hal-ehwalnya di Labuan diselesaikan.

Read this section in the full act → · Open Chapter 3 →

Find Act 707 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 July 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next