My bookmarksSign up free
← Strategic Trade Act 2010

Strategic Trade Act 2010 s 12

Sections 58–59 were repealed by later amendments.

s 12 Transactions involving unlisted items and restricted activities

(1) If a person is informed by the relevant Authority or otherwise knows or has reason to believe that any unlisted item will or may be used for a restricted activity, then the person shall notify the relevant Authority of his intention to export, tranship or bring in transit that unlisted item at least thirty days before that export, transhipment or bringing in transit is to be carried out. (2) Upon such notification, the relevant Authority shall decide whether or not to allow that export, transhipment or bringing in transit to proceed. (3) The relevant Authority may decide to allow that export, transhipment or bringing in transit to proceed subject to the granting of a permit under this Act. (4) A person who contravenes subsection (1) commits an offence and shall, on convictionβ€” (a) in relation to unlisted items which are arms or related materialβ€” (i) where the act is done with the intent to unlawfully export, tranship or bring in transit such unlisted items without a permit or with knowledge that the export, transhipment or bringing in transit of such unlisted items without a permit is unlawfulβ€” (A) where death is the result of the act, be punished with death or imprisonment for a term of not less than thirty years but not exceeding forty years, and in the case of a body corporate, be punished with a minimum fine of thirty million ringgit; or (B) in any other case, be punished with imprisonment for a term not exceeding ten years or with a fine not exceeding ten million ringgit or with both, and in the case of a body corporate, be punished with a fine not exceeding twenty million ringgit; or (ii) where the act is done without the intent to unlawfully export, tranship or bring in transit such unlisted items without a permit or without knowledge that the export, transhipment or bringing in transit of such unlisted items without a permit is unlawful, be punished with imprisonment for a term not exceeding five years or with a fine not exceeding five million ringgit or with both, and in the case of a body corporate, be punished with a fine not exceeding ten million ringgit; and (b) in relation to unlisted items other than arms or related materialβ€” (i) where the act is done with the intent to unlawfully export, tranship or bring in transit such unlisted items without a permit or with knowledge that the export, transhipment or bringing in transit of such unlisted items without a permit is unlawful, be punished with imprisonment for a term not exceeding ten years or with a fine not exceeding ten million ringgit or with both, and in the case of a body corporate, be punished with a fine not exceeding twenty million ringgit; or (ii) where the act is done without the intent to unlawfully export, tranship or bring in transit such unlisted items without a permit or without knowledge that the export, transhipment or bringing in transit of such unlisted items without a permit is unlawful, be punished with imprisonment for a term not exceeding five years or with a fine not exceeding five million ringgit or with both, and in the case of a body corporate, be punished with a fine not exceeding ten million ringgit.

Malay text (authoritative)

Transaksi yang melibatkan barang tidak tersenarai dan aktiviti terhad

(1) Jika seseorang dimaklumkan oleh Pihak Berkuasa yang berkenaan atau selainnya mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa apa-apa barang tidak tersenarai akan atau mungkin digunakan bagi suatu aktiviti terhad, maka orang itu hendaklah memberitahu Pihak Berkuasa yang berkenaan mengenai niatnya untuk mengeksport barang tidak tersenarai itu sekurangkurangnya tiga puluh hari sebelum pengeksportan itu hendak dijalankan. (2) Apabila diberitahu sedemikian, Pihak Berkuasa yang berkenaan hendaklah memutuskan sama ada untuk membenarkan pengeksportan itu diteruskan atau tidak. (3) Pihak Berkuasa yang berkenaan boleh memutuskan untuk membenarkan pengeksportan itu diteruskan tertakluk kepada pemberian suatu permit di bawah Akta ini. (4) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkanβ€” (a) berhubung dengan barang tidak tersenarai yang merupakan senjata atau bahan yang berkaitanβ€” (i) jika perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk mengeksport, memindahkan atau membawa dalam transit barang tidak tersenarai itu tanpa permit dengan menyalahi undang-undang atau dengan pengetahuan bahawa pengeksportan, pemindahan atau pembawaan dalam transit barang tidak tersenarai itu tanpa permit menyalahi undangundangβ€” (A) jika kematian adalah hasil perbuatan itu, dihukum dengan hukuman mati atau pemenjaraan selama hayat, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda minimum sebanyak tiga puluh juta ringgit; atau (B) dalam apa-apa hal lain, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada sepuluh tahun atau dengan denda tidak kurang daripada sepuluh juta ringgit atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda minimum sebanyak dua puluh juta ringgit; atau (ii) jika perbuatan itu dilakukan tanpa niat untuk mengeksport, memindahkan atau membawa dalam transit barang tidak tersenarai itu tanpa permit dengan menyalahi undang-undang atau tanpa pengetahuan bahawa pengeksportan, pemindahan atau pembawaan dalam transit barang tidak tersenarai itu tanpa permit menyalahi undangundang, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun atau dengan denda tidak kurang daripada lima juta ringgit atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda minimum sebanyak sepuluh juta ringgit; dan (b) berhubung dengan barang tidak tersenarai selain senjata atau bahan yang berkaitanβ€” (i) jika perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk mengeksport, memindahkan atau membawa dalam transit barang tidak tersenarai itu tanpa permit dengan menyalahi undang-undang atau dengan pengetahuan bahawa pengeksportan, pemindahan atau pembawaan dalam transit barang tidak tersenarai itu tanpa permit menyalahi undangundang, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada sepuluh tahun atau dengan denda tidak kurang daripada sepuluh juta ringgit atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda minimum sebanyak dua puluh juta ringgit; atau (ii) jika perbuatan itu dilakukan tanpa niat untuk mengeksport, memindahkan atau membawa dalam transit barang tidak tersenarai itu tanpa permit dengan menyalahi undang-undang atau tanpa pengetahuan bahawa pengeksportan, pemindahan atau pembawaan dalam transit barang tidak tersenarai itu tanpa permit menyalahi undangundang, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun atau dengan denda tidak kurang daripada lima juta ringgit atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda minimum sebanyak sepuluh juta ringgit.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part III β†’

Find Act 708 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 4 July 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next