My bookmarksSign up free
← Personal Data Protection Act 2010

Personal Data Protection Act 2010 s 108

Personal Data Protection Act 2010 s 108

s 108 Enforcement notice

(1) Where, following the completion of an investigation about an act, practice or request specified in the complaint, the Commissioner is of the opinion that the relevant data user— (a) is contravening a provision of this Act; or (b) has contravened such a provision in circumstances that make it likely that the contravention will continue or be repeated, then the Commissioner may serve on the relevant data user an enforcement notice— (A) stating that he is of that opinion; (B) specifying the provision of this Act on which he has based that opinion and the reasons why he is of that opinion; (C) directing the relevant data user to take such steps as are specified in the enforcement notice to remedy the contravention or, as the case may be, the matters occasioning it within such period as is specified in the enforcement notice; and (D) directing, where necessary, the relevant data user to cease processing the personal data pending the remedy of the contravention by the relevant data user. (2) In deciding whether to serve an enforcement notice, the Commissioner shall consider whether the contravention or the matter to which the enforcement notice relates has caused or is likely to cause damage or distress to the data subject of the personal data to which the contravention or matter relates. (3) The steps as specified in the enforcement notice to remedy the contravention or matter to which the enforcement notice relates may be framed— (a) to any extent by reference to any approved code of practice; or (b) so as to afford the relevant data user a choice between different ways of remedying the contravention or matter. (4) The period specified in the enforcement notice under subsection (1) for taking the steps specified in it shall not expire before the end of the period specified in subsection 93(2) within which an appeal against the enforcement notice may be made and, if such an appeal is made, those steps need not be taken pending the determination or withdrawal of the appeal. (5) Notwithstanding subsection (4), if the Commissioner is of the opinion that by reason of special circumstances the steps specified in the enforcement notice should be taken as a matter of urgency— (a) he may include a statement to that effect in the enforcement notice together with the reasons why he is of that opinion; and (b) where such a statement is so included, subsection (4) shall not apply but the enforcement notice shall not require those steps to be taken before the end of the period of seven days from the date on which the enforcement notice was served. (6) An appeal may be made to the Appeal Tribunal against an enforcement notice by the relevant data user in accordance with section 93. (7) Where the Commissioner— (a) forms an opinion referred to in subsection (1) in respect of the relevant data user at any time before the completion of an investigation; and (b) is also of the opinion that, by reason of special circumstances, an enforcement notice should be served on the relevant data user as a matter of urgency, he may so serve the enforcement notice notwithstanding that the investigation has not been completed and, in any such case— (A) the Commissioner shall, without prejudice to any other matters to be included in the enforcement notice, specify in the enforcement notice the reasons as to why he is of the opinion referred to in paragraph (b); and (B) the other provisions of this Act, including this section, shall be construed accordingly. (8) A person who fails to comply with an enforcement notice commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding two hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years or to both.

Malay text (authoritative)

Notis penguatkuasaan

(1) Jika, berikutan dengan penyelesaian suatu penyiasatan mengenai suatu perbuatan, amalan atau permintaan yang dinyatakan dalam aduan, Pesuruhjaya berpendapat bahawa pengguna data yang berkaitan— (a) melanggar suatu peruntukan Akta ini; atau (b) telah melanggar peruntukan sedemikian dalam hal keadaan yang menjadikan berkemungkinan bahawa pelanggaran itu akan berterusan atau berulang, maka Pesuruhjaya boleh menyampaikan suatu notis penguatkuasaan kepada pengguna data yang berkaitan— (A) yang menyatakan bahawa dia berpendapat sedemikian; (B) yang menyatakan peruntukan Akta ini yang berdasarkannya dia berpendapat sedemikian dan sebab-sebab kenapa dia berpendapat sedemikian; (C) yang mengarahkan pengguna data yang berkaitan untuk mengambil apa-apa langkah yang dinyatakan dalam notis penguatkuasaan itu untuk meremedi pelanggaran itu atau, mengikut hal keadaan, perkara yang menyebabkannya dalam apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam notis penguatkuasaan itu; dan (D) yang mengarahkan, jika perlu, pengguna data yang berkaitan untuk memberhentikan pemprosesan data peribadi sementara menunggu pengguna data yang berkaitan meremedi pelanggaran itu. (2) Pesuruhjaya hendaklah, dalam menentukan sama ada untuk menyampaikan suatu notis penguatkuasaan, menimbangkan sama ada pelanggaran atau perkara yang dengannya notis penguatkuasaan itu adalah berhubungan telah menyebabkan atau berkemungkinan akan menyebabkan kerosakan atau distres kepada subjek data bagi data peribadi yang dengannya pelanggaran atau perkara itu adalah berhubungan. (3) Langkah yang dinyatakan dalam notis penguatkuasaan untuk meremedi pelanggaran atau perkara yang dengannya notis penguatkuasaan itu adalah berhubungan boleh dibuat— (a) sehingga apa-apa takat dengan merujuk kepada manamana tataamalan yang telah diluluskan; atau (b) supaya memberi pengguna data yang berkaitan suatu pilihan antara cara-cara yang berlainan untuk meremedi pelanggaran atau perkara itu. (4) Tempoh yang dinyatakan dalam notis penguatkuasaan di bawah subseksyen (1) untuk mengambil langkah yang dinyatakan dalamnya tidak boleh habis tempoh sebelum berakhirnya tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen 93(2) yang dalam tempoh itu suatu rayuan terhadap notis penguatkuasaan itu boleh dibuat dan, jika rayuan sedemikian dibuat, langkah itu tidak perlu diambil sementara menunggu penentuan atau penarikan balik rayuan itu. (5) Walau apa pun subseksyen (4), jika Pesuruhjaya berpendapat bahawa atas alasan hal keadaan khas langkah yang dinyatakan dalam notis penguatkuasaan itu sepatutnya diambil atas dasar keterdesakan— (a) dia boleh memasukkan suatu pernyataan yang membawa maksud sedemikian dalam notis penguatkuasaan itu berserta dengan sebab-sebab kenapa dia berpendapat sedemikian; dan (b) jika pernyataan itu telah dimasukkan sedemikian, subseksyen (4) tidak terpakai tetapi notis penguatkuasaan itu tidak boleh menghendaki supaya langkah itu diambil sebelum berakhirnya tempoh tujuh hari dari tarikh notis penguatkuasaan itu disampaikan. (6) Suatu rayuan boleh dibuat kepada Tribunal Rayuan terhadap suatu notis penguatkuasaan oleh pengguna data yang berkaitan mengikut seksyen 93. (7) Jika Pesuruhjaya— (a) mempunyai pendapat yang disebut dalam subseksyen (1) berkenaan dengan pengguna data yang berkaitan pada bila-bila masa sebelum suatu penyiasatan diselesaikan; dan (b) juga berpendapat bahawa, atas alasan hal keadaan khas, suatu notis penguatkuasaan sepatutnya disampaikan kepada pengguna data yang berkaitan atas dasar keterdesakan, dia boleh menyampaikan notis penguatkuasaan itu walaupun penyiasatan itu belum diselesaikan dan, dalam mana-mana hal sedemikian— (A) Pesuruhjaya hendaklah, tanpa menjejaskan apa-apa perkara lain yang akan dimasukkan dalam notis penguatkuasaan itu, menyatakan dalam notis penguatkuasaan itu sebabsebab tentang kenapa dia mempunyai pendapat yang disebut dalam perenggan (b); dan (B) peruntukan lain Akta ini, termasuk seksyen ini, hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya. (8) Seseorang yang tidak mematuhi suatu notis penguatkuasaan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Part VIII →

Find Act 709 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next