My bookmarksSign up free
← Personal Data Protection Act 2010

Personal Data Protection Act 2010 s 130

Personal Data Protection Act 2010 s 130

s 130 Unlawful collecting, etc., of personal data

(1) A person shall not knowingly or recklessly, without the consent of the data user— (a) collect or disclose personal data that is held by the data user; or (b) procure the disclosure to another person of personal data that is held by the data user. (2) Subsection (1) shall not apply to a person who shows— (a) that the collecting or disclosing of personal data or procuring the disclosure of personal data— (i) was necessary for the purpose of preventing or detecting a crime or for the purpose of investigations; or (ii) was required or authorized by or under any law or by the order of a court; (b) that he acted in the reasonable belief that he had in law the right to collect or disclose the personal data or to procure the disclosure of the personal data to the other person; (c) that he acted in the reasonable belief that he would have had the consent of the data user if the data user had known of the collecting or disclosing of personal data or procuring the disclosure of personal data and the circumstances of it; or (d) that the collecting or disclosing of personal data or procuring the disclosure of personal data was justified as being in the public interest in circumstances as determined by the Minister. (3) A person who collects or discloses personal data or procures the disclosure of personal data in contravention of subsection (1) commits an offence. (4) A person who sells personal data commits an offenceif he has collected the personal data in contravention of subsection (1). (5) A person who offers to sell personal data commits an offence if— (a) he has collected the personal data in contravention of subsection (1); or (b) he subsequently collects the personal data in contravention of subsection (1). (6) For the purposes of subsection (5), an advertisement indicating that personal data is or may be for sale is an offer to sell the personal data. (7) A person who commits an offence under this section shall, upon conviction, be liable to a fine not exceeding five hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both.

Malay text (authoritative)

Pengumpulan, dsb., data peribadi yang menyalahi undang- undang

(1) Seseorang tidak boleh dengan disedarinya atau secara melulu, tanpa persetujuan pengguna data— (a) mengumpul atau menzahirkan data peribadi yang dipegang oleh pengguna data itu; atau (b) menyebabkan penzahiran data peribadi yang dipegang oleh pengguna data itu kepada orang lain. (2) Subseksyen (1) tidak terpakai bagi seseorang yang menunjukkan— (a) bahawa pengumpulan atau penzahiran data peribadi itu atau perihal menyebabkan penzahiran data peribadi itu— (i) adalah perlu bagi maksud menghalang atau mengesan sesuatu jenayah atau bagi maksud penyiasatan; atau (ii) adalah dikehendaki atau dibenarkan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang atau oleh perintah suatu mahkamah; (b) bahawa dia bertindak dengan kepercayaan yang munasabah bahawa dia ada hak di sisi undang-undang untuk mengumpul atau menzahirkan data peribadi itu atau untuk menyebabkan penzahiran data peribadi itu kepada orang lain; (c) bahawa dia bertindak dengan kepercayaan yang munasabah bahawa dia akan mendapat persetujuan pengguna data jika pengguna data itu mengetahui mengenai pengumpulan atau penzahiran data peribadi itu atau perihal menyebabkan penzahiran data peribadi itu dan hal keadaan mengenainya; atau (d) bahawa pengumpulan atau penzahiran data peribadi itu atau perihal menyebabkan penzahiran data peribadi itu adalah berjustifikasi oleh sebab ia berkepentingan awam dalam hal keadaan yang ditentukan oleh Menteri. (3) Seseorang yang mengumpul atau menzahirkan data peribadi atau menyebabkan penzahiran data peribadi dengan melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan. (4) Seseorang yang menjual data peribadi melakukan suatu kesalahan jika dia telah mengumpul data peribadi itu dengan melanggar subseksyen (1). (5) Seseorang yang menawarkan untuk menjual data peribadi melakukan suatu kesalahan jika— (a) dia telah mengumpul data peribadi itu dengan melanggar subseksyen (1); atau (b) dia kemudiannya mengumpul data peribadi itu dengan melanggar subseksyen (1). (6) Bagi maksud subseksyen (5), sesuatu iklan yang menunjukkan bahawa data peribadi adalah untuk dijual atau mungkin akan dijual merupakan suatu tawaran untuk menjual data peribadi itu. (7) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Part X →

Find Act 709 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next