My bookmarksSign up free
← Personal Data Protection Act 2010

Personal Data Protection Act 2010 s 2

Personal Data Protection Act 2010 s 2

s 2 Application

(1) This Act applies to— (a) any person who processes; and (b) any person who has control over or authorizes the processing of, any personal data in respect of commercial transactions. (2) Subject to subsection (1), this Act applies to a person in respect of personal data if— (a) the person is established in Malaysia and the personal data is processed, whether or not in the context of that establishment, by that person or any other person employed or engaged by that establishment; or (b) the person is not established in Malaysia, but uses equipment in Malaysia for processing the personal data otherwise than for the purposes of transit through Malaysia. (3) A person falling within paragraph (2)(b) shall nominate for the purposes of this Act a representative established in Malaysia. (4) For the purposes of subsections (2) and (3), each of the following is to be treated as established in Malaysia: (a) an individual whose physical presence in Malaysia shall not be less than one hundred and eighty days in one calendar year; (b) a body incorporated under the Companies Act 1965 [Act 125]; (c) a partnership or other unincorporated association formed under any written laws in Malaysia; and (d) any person who does not fall within paragraph (a), (b) or (c) but maintains in Malaysia— (i) an office, branch or agency through which he carries on any activity; or (ii) a regular practice.

Malay text (authoritative)

Pemakaian

(1) Akta ini terpakai bagi— (a) mana-mana orang yang memproses; dan (b) mana-mana orang yang mempunyai kawalan terhadap atau membenarkan pemprosesan, apa-apa data peribadi berkenaan dengan transaksi komersial. (2) Tertakluk kepada subseksyen (1), Akta ini terpakai bagi seseorang berkenaan dengan data peribadi jika— (a) orang itu ditubuhkan di Malaysia dan data peribadi itu diproses, sama ada dalam konteks pertubuhan itu atau tidak, oleh orang itu atau mana-mana orang lain yang diambil kerja atau diguna khidmat oleh pertubuhan itu; atau (b) orang itu tidak ditubuhkan di Malaysia, tetapi menggunakan kelengkapan di Malaysia bagi memproses data peribadi itu selain bagi maksud transit melalui Malaysia. (3) Seseorang yang diliputi oleh perenggan (2)(b) hendaklah menamakan bagi maksud Akta ini seorang wakil yang ditubuhkan di Malaysia. (4) Bagi maksud subseksyen (2) dan (3), setiap yang berikut hendaklah dianggap sebagai ditubuhkan di Malaysia: (a) seseorang individu yang kehadirannya secara fizikal di Malaysia hendaklah tidak kurang daripada satu ratus lapan puluh hari dalam satu tahun kalendar; (b) sesuatu badan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125]; (c) sesuatu perkongsian atau persatuan yang tidak diperbadankan lain yang dibentuk di bawah mana-mana undang-undang bertulis di Malaysia; dan (d) mana-mana orang yang tidak diliputi oleh perenggan (a), (b) atau (c) tetapi menyenggara di Malaysia— (i) suatu pejabat, cawangan atau agensi yang melaluinya dia menjalankan apa-apa aktiviti; atau (ii) suatu amalan tetap.

Read this section in the full act → · Open Part I →

Find Act 709 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next