My bookmarksSign up free
← Personal Data Protection Act 2010

Personal Data Protection Act 2010 s 48

Personal Data Protection Act 2010 s 48

s 48 Functions of Commissioner

The Commissioner shall have the following functions: (a) to advise the Minister on the national policy for personal data protection and all other related matters; (b) to implement and enforce the personal data protection laws, including the formulation of operational policies and procedures; (c) to promote and encourage associations or bodies representing data users to prepare codes of practice and to disseminate to their members the codes of practice for the purposes of this Act; (d) to cooperate with bodies corporate or government agencies for the purpose of performing his functions; (e) to determine in pursuance of section 129 whether any place outside Malaysia has in place a system for the protection of personal data that is substantially similar to that as provided for under this Act or that serves the same purposes as this Act; (f) to undertake or cause to be undertaken research into and monitor developments in the processing of personal data, including technology, in order to take account any effects such developments may have on the privacy of individuals in relation to their personal data; (g) to monitor and supervise compliance with the provisions of this Act, including the issuance of circulars, enforcement notices or any other instruments to any person; (h) to promote awareness and dissemination of information to the public about the operation of this Act; (i) to liaise and cooperate with persons performing similar personal data protection functions in any place outside Malaysia in respect of matters of mutual interest, including matters concerning the privacy of individuals in relation to their personal data; (j) to represent Malaysia through participation in events that relate to personal data protection as authorized by the Minister, whether within or outside Malaysia; and (k) to carry out such activities and do such things as are necessary, advantageous and proper for the administration of this Act, or such other purposes consistent with this Act as may be directed by the Minister.

Malay text (authoritative)

Fungsi Pesuruhjaya

Pesuruhjaya hendaklah mempunyai fungsi yang berikut: (a) menasihati Menteri mengenai dasar kebangsaan bagi perlindungan data peribadi dan segala perkara lain yang berkaitan; (b) melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang perlindungan data peribadi, termasuklah perumusan dasar dan tatacara operasi; (c) memajukan dan menggalakkan persatuan atau badan yang mewakili pengguna data untuk menyediakan tataamalan dan menyebarkan tataamalan itu kepada anggotanya bagi maksud Akta ini; (d) bekerjasama dengan pertubuhan perbadanan atau agensi kerajaan bagi maksud melaksanakan fungsinya; (e) menentukan menurut seksyen 129 sama ada mana-mana tempat di luar Malaysia mempunyai suatu sistem bagi perlindungan data peribadi yang sebahagian besarnya seumpama dengan yang diperuntukkan di bawah Akta ini atau yang dapat digunakan bagi maksud yang serupa seperti Akta ini; (f) menjalankan atau menyebabkan dijalankan penyelidikan terhadap dan mengawasi pembangunan dalam pemprosesan data peribadi, termasuk teknologi, untuk mengambil kira kemungkinan apa-apa kesan pembangunan itu terhadap privasi individu berhubung dengan data peribadinya; (g) memantau dan menyelia pematuhan peruntukan Akta ini, termasuk pengeluaran pekeliling, notis penguatkuasaan atau apa-apa surat cara lain kepada mana-mana orang; (h) menggalakkan kesedaran dan penyebaran maklumat kepada orang awam mengenai kuat kuasa Akta ini; (i) berhubung dan bekerjasama dengan orang yang melaksanakan fungsi perlindungan data peribadi yang seumpama di mana-mana tempat di luar Malaysia berkenaan dengan perkara yang berkepentingan bersama, termasuk perkara yang melibatkan privasi individu berhubung dengan data peribadinya; (j) mewakili Malaysia melalui penyertaan dalam acara yang berhubungan dengan perlindungan data peribadi sebagaimana yang dibenarkan oleh Menteri, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; dan (k) menjalankan apa-apa aktiviti dan melakukan apa-apa perkara yang perlu, memberi kebaikan dan patut bagi pentadbiran Akta ini, atau apa-apa maksud lain yang selaras dengan Akta ini sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 709 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next