My bookmarksSign up free
← Weights and Measures Act 1972

Weights and Measures Act 1972 s 11

Weights and Measures Act 1972 s 11

s 11 Meaning of “use for trade”

(1) For the purposes of this Act, the expression “use for trade” means, subject to subsection (2), use in Malaysia in connection with, or with a view to, a transaction for— (a) the transferring or rendering of money or money’s worth in consideration of money or money’s worth; (b) the making of a payment in respect of any toll or duty; or (c) the making of payment in respect of any work done, or services rendered, or for the purpose of determining wages due,where— (i) the transaction is by reference to quantity or is a transaction for the purposes of which there is made or implied a statement as to the quantity; and (ii) the use is for the purpose of the determination or statement of that quantity. (2) The foregoing subsection shall not apply where the determination or statement is a determination or statement of the quantity of goods required for despatch to a destination outside Malaysia and the transaction is not a sale by retail. (3) Any weighing or measuring instrument which is made available in Malaysia for use by the public whether on payment or otherwise shall be treated for the purposes of this Part as an instrument for weighing or measuring for use for trade whether or not it would apart from this subsection be so treated.

Malay text (authoritative)

Erti “kegunaan untuk perdagangan”

(1) Bagi maksud Akta ini, ungkapan “kegunaan untuk perdagangan” tertakluk kepada subseksyen (2), ertinya kegunaan dalam Malaysia berhubung dengan, atau dengan tujuan untuk, suatu transaksi bagi— (a) memindah milik atau memberi wang atau nilai wang sebagai balasan bagi wang atau nilai wang; (b) membuat sesuatu bayaran berkenaan dengan apa-apa tol atau duti; atau (c) membuat sesuatu bayaran berkenaan dengan apa-apa kerja yang dibuat atau perkhidmatan yang diberikan, atau bagi maksud menentukan upah yang kena dibayar, jika— (i) transaksi itu adalah berpandukan kepada kuantiti atau adalah suatu transaksi yang bagi maksudnya ada dibuat atau boleh disifatkan sebagai atau suatu kenyataan mengenai kuantiti; dan (ii) kegunaan itu adalah bagi maksud penentuan atau kenyataan kuantiti itu. (2) Subseksyen di atas tidak terpakai jika penentuan atau kenyataan itu adalah suatu penentuan atau kenyataan mengenai kuantiti barang yang dikehendaki dihantar ke sesuatu tempat luar Malaysia dan transaksi itu bukan suatu penjualan secara runcit. (3) Mana-mana alat timbang atau sukat yang diadakan di Malaysia untuk kegunaan awam sama ada dengan dikenakan bayaran atau selainnya hendaklah dianggap bagi maksud Bahagian ini sebagai alat timbang atau sukat bagi kegunaan untuk perdagangan, sama ada atau tidak alat itu dianggap sedemikian jika tidak kerana subseksyen ini.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 71 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2009 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next