My bookmarksSign up free
← Weights and Measures Act 1972

Weights and Measures Act 1972 s 28

Weights and Measures Act 1972 s 28

s 28 Power to inspect weights and measures, etc., and to enter premises

(1) Any Inspector may, at all reasonable hours, exercise the following powers, that is to say: (a) enter any premises for the purposes of inspecting, verifying and stamping or authenticating any weight or measure or any instrument for weighing or measuring, or for the purposes of ascertaining whether any offence under this Act or any regulations made thereunder has been committed; (b) seize and detain any weight, measure or instrument for weighing or measuring, or stamp or stamping instrument, which is used in the commission of any offence under this Act or any regulations made thereunder; (c) seize and detain any goods, records or documents which he has reason to believe is required to be produced as evidence in any proceedings under this Act or any regulations made thereunder; (d) seal in any manner any weight, measure or instrument for weighing or measuring which is used, or which is reasonably suspected of being used, in the commission of any offence under this Act or any regulations made thereunder; (e) examine any certificates, documents or papers, including books, reports, records, shipping bills and bills of lading or any data entered or recorded by any system of mechanical or electronic data processing or by any other information storage device where there are reasonable grounds to believe that it contains any information, relevant to the enforcement of this Act or any regulations made thereunder and make copies thereof or extracts therefrom; (f) with the assistance of any police officer, stop and detain any motor vehicle or other conveyance that the Inspector has reasonable grounds to believe is fixed with any weights or measures or instruments for weighing or measuring, or carrying weights, measures or instruments for weighing or measuring or goods which he has reason to believe is required to be produced as evidence in any proceedings under this Act or any regulations made thereunder or is equipped with a device that is used or designed to be used for trade purposes and— (i) where necessary, for the purposes of making an inspection under subparagraph (ii), require the operator of that motor vehicle or other conveyance to proceed with the motor vehicle or other conveyance to an appropriate place where such inspection may be made; and (ii) inspect any such weight, measure or instrument for weighing or measuring of such goods or devices found in or upon that motor vehicle or other conveyance; (g) examine all certificates of verification, records and documents relating to any such weight, measure or instruments for weighing or measuring, or certificate issued under section 14b. (2) Any person who neglects or refuses to produce for an inspection under this section any weights, measures and instruments for weighing or measuring or any certificates of verification in his possession or in his premises or refuses to permit the Inspector under this section to examine the same or any of them or obstructs the Inspector from entering the premises or otherwise obstructs or hinders the Inspector from acting under this section shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding four thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk memeriksa timbang dan sukat, dsb., dan untuk memasuki premis

(1) Mana-mana Inspektor boleh, pada bila-bila waktu yang munasabah, menjalankan kuasa yang berikut, iaitu: (a) memasuki mana-mana premis bagi maksud memeriksa, menentusahkan dan menandakan dengan cap atau mengesahkan apa-apa timbang atau sukat atau apa-apa alat timbang atau sukat, atau bagi maksud menentukan sama ada apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya telah dilakukan; (b) menyita dan menahan apa-apa timbang, sukat atau alat timbang atau sukat, atau cap atau perkakas pengecapan, yang digunakan dalam perlakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya; (c) menyita dan menahan apa-apa barang, rekod atau dokumen yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai dikehendaki untuk dikemukakan sebagai keterangan dalam apa-apa prosiding di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya; (d) mengelak dengan apa jua cara apa-apa timbang, sukat atau alat timbang atau sukat yang digunakan, atau yang dengan munasabahnya disyaki digunakan, dalam perlakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya; (e) memeriksa apa-apa perakuan, dokumen atau kertas, termasuk buku, laporan, rekod, bil perkapalan dan bil muatan atau apa-apa data yang dimasukkan atau direkodkan melalui apa-apa sistem pemprosesan data mekanik atau elektronik atau melalui apa-apa alat penyimpan maklumat lain jika ada alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa ia mengandungi apa-apa maklumat yang relevan pada penguatkuasaan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya dan membuat salinannya atau cabutan daripadanya; (f) dengan bantuan daripada mana-mana pegawai polis, menghentikan dan menahan mana-mana kenderaan motor atau pengangkutan lain yang Inspektor itu mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai dipasang dengan apa-apa timbang atau sukat, atau alat timbang atau sukat, atau membawa timbang, sukat atau alat timbang atau sukat atau barang-barang yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai dikehendaki untuk dikemukakan sebagai keterangan dalam apa-apa prosiding di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya atau dilengkapkan dengan alat yang digunakan atau ditujukan untuk digunakan bagi maksud perdagangan dan— (i) jika perlu, bagi maksud membuat pemeriksaan di bawah subperenggan (ii), menghendaki supaya pembawa kenderaan motor atau kenderaan lain itu untuk meneruskan perjalanan dengan kenderaan motor atau kenderaan lain itu ke tempat yang sesuai di mana pemeriksaan itu boleh dijalankan; dan (ii) memeriksa apa-apa timbang, sukat atau alat timbang atau sukat atau apa-apa barang atau alat yang didapati di dalam atau di atas kenderaan motor atau kenderaan lain itu; (g) memeriksa segala perakuan penentuan, rekod dan dokumen yang berhubung dengan apa-apa timbang, sukat atau alat timbang atau sukat, atau perakuan yang dikeluarkan di bawah seksyen 14b. (2) Mana-mana orang yang cuai atau enggan mengemukakan bagi diperiksa di bawah seksyen ini mana-mana timbang, sukat atau alat timbang atau sukat atau mana-mana perakuan penentusahan yang ada dalam milikannya atau yang ada dalam premisnya atau enggan membenarkan Inspektor itu di bawah seksyen ini memeriksa alat itu atau mana-mana daripadanya atau menghalang Inspektor itu daripada memasuki premis itu atau dengan secara lain menghalang atau mengganggu Inspektor itu daripada bertindak di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi empat ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 71 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2009 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next