s 28A Forfeiture of instrument for weighing or measuring, etc.
(1) Any weight or measure or instrument for weighing or measuring seized pursuant to this Act shall be liable to forfeiture.
(2) The court trying any person accused of an offence under this Act or any regulations made thereunder may at the conclusion of the trial, whether he is convicted or not, order that weight or measure or instrument for weighing or measuring seized from that person be forfeited.
(3) Where there is no prosecution with regard to any weight or measure or instrument for weighing or measuring seized in exercise of any powers conferred under this Act, the same shall be taken and deemed to be forfeited at the expiration of one calendar month from the date it was seized unless a claim thereto is made before that date in the manner hereinafter set forth.
(4) Any person asserting that he is the owner of any weight or measure or instrument for weighing or measuring seized under this Act and that the same are not liable to forfeiture may personally or by his agent authorized in writing by him give written notice to the Deputy Chief Inspector of his claim.
(5) On receipt of a notice under subsection (4), the Deputy Chief Inspector shall refer the notice to the Chief Inspector who may, after such enquiry as may be necessary, direct that such weight or measure or instrument for weighing or measuring be released or forfeited or refer the matter to the court for decision.
(6) The court to which the matter is referred shall issue a summons requiring the person asserting that he is the owner of the weight or measure or instrument for weighing or measuring and the person from whom it was seized to appear before it and upon his appearance or default to appear, due service of the summons being proved, the court shall proceed to the examination of the matter and on proof that an offence under this Act or any regulations made thereunder has been committed and that such weight or measure or instrument for weighing or measuring was the subject matter or was used in the commission of such offence, shall order the same to be forfeited or may, in the absence of such proof, order the release of such weight or measure or instrument for weighing or measuring to the person entitled to it.
(7) Any weight or measure or instrument for weighing or measuring forfeited or deemed to be forfeited under this Act shall be disposed of in accordance with the direction of the Chief Inspector.
Malay text (authoritative)
Pelucuthakan alat timbang atau sukat, dsb.
(1) Apa-apa timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat yang telah disita menurut Akta ini boleh dilucut hak.
(2) Mahkamah yang membicarakan mana-mana orang yang dituduh atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya boleh apabila selesainya perbicaraan itu, sama ada dia disabitkan atau tidak, memerintahkan supaya timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat yang telah disita daripada orang itu dilucut hak.
(3) Jika tiada pendakwaan mengenai apa-apa timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat yang telah disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberi di bawah Akta ini, maka timbang atau sukat itu hendaklah dikira dan disifatkan telah dilucut hak apabila tamatnya satu bulan kalendar dari tarikh ianya disita, melainkan suatu tuntutan telah dibuat sebelum tarikh tersebut mengikut cara yang dinyatakan kemudian daripada ini.
(4) Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia adalah tuan punya mana-mana timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat yang telah disita di bawah Akta ini dan bahawa timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat itu tidak boleh dilucut hak boleh dengan sendirinya atau melalui ejennya yang dibenarkan secara bertulis olehnya, memberi notis kepada Timbalan Ketua Inspektor mengenai tuntutannya.
(5) Apabila menerima notis di bawah subseksyen (4), Timbalan Ketua Inspektor hendaklah merujukkan notis itu kepada Ketua Inspektor yang boleh, setelah apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, mengarahkan timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat itu dilepaskan atau dilucut hak atau merujukkan perkara itu kepada mahkamah untuk diputuskan.
(6) Mahkamah yang kepadanya perkara itu dirujukkan hendaklah mengeluarkan saman menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia adalah tuan punya timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat tersebut dan kepada orang yang daripadanya timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat itu telah disita untuk menghadirkan diri di hadapan mahkamah dan apabila dia memasukkan kehadirannya atau ingkar memasukkan kehadirannya, apabila terbukti bahawa saman telah dihantar dengan sewajarnya, mahkamah hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu dan apabila terbukti sesuatu kesalahan telah dilakukan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya dan timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat itu adalah perkara
atau telah digunakan untuk melakukan kesalahan itu, hendaklah mengarahkan supaya timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat itu dilucut hak atau boleh, jika ketiadaan bukti tersebut, mengarahkan supaya timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat dilepaskan kepada orang yang berhak kepadanya.
(7) Apa-apa timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat yang dilucut hak atau disifatkan telah dilucut hak di bawah Akta ini hendaklah dilupuskan mengikut arahan Ketua Inspektor.
Text as at 1 January 2009 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).