s 20 Minimum paid-up capital
(1) The minimum amount of paid-up capital of a credit reporting agency shall be one million ringgit or such other amount as may be prescribed in an order made by the Minister, on the recommendation of the Registrar, from time to time.
(2) Subject to subsection (4), every credit reporting agency shall maintain the minimum amount of paid-up capital as prescribed in subsection (1), and if such minimum amount is at any time increased, the credit reporting agency shall maintain the increased amount within such period as may be stated in the order that prescribed the increased amount, but such period shall not be less than three months.
(3) Subject to subsection (4), no person shall be issued a certificate of registration under subsection 14(5) and no credit reporting agency shall carry on a credit reporting business if its paid-up capital unimpaired by losses or otherwise is less than the minimum amount prescribed in subsection (1).
(4) Where the minimum paid-up capital of a credit reporting agency is less than the minimum amount prescribed at any time under subsection (1), the credit reporting agency may, with the written
consent of the Registrar and subject to such terms and conditions as the Registrar may impose, carry on the credit reporting business.
(5) A credit reporting agency which contravenes this section commits an offence and shall, upon conviction, be liable to a fine not exceeding two hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years or to both.
Malay text (authoritative)
Modal berbayar minimum
(1) Amaun minimum modal berbayar bagi sesuatu agensi pelaporan kredit ialah satu juta ringgit atau apa-apa amaun lain yang ditetapkan dalam perintah yang dibuat oleh Menteri, atas syor Pendaftar, dari semasa ke semasa.
(2) Tertakluk pada subseksyen (4), tiap-tiap agensi pelaporan kredit hendaklah menyenggarakan amaun minimum modal berbayar yang ditetapkan dalam subseksyen (1), dan jika amaun minimum itu dinaikkan pada bila-bila masa, agensi pelaporan kredit itu hendaklah menyenggarakan amaun yang dinaikkan itu dalam apa-apa tempoh yang ditentukan dalam perintah yang menetapkan amaun yang dinaikkan itu, tetapi tempoh itu tidak boleh kurang daripada tiga bulan.
(3) Tertakluk pada subseksyen (4), tiada seorang pun boleh diberikan suatu perakuan pendaftaran di bawah subseksyen 14(5) dan tiada agensi pelaporan kredit boleh menjalankan suatu perniagaan pelaporan kredit jika modal berbayarnya yang tidak terjejas oleh kerugian atau selainnya adalah kurang daripada amaun minimum yang ditetapkan dalam subseksyen (1).
(4) Jika modal berbayar minimum sesuatu agensi pelaporan kredit adalah kurang daripada amaun minimum yang ditetapkan pada bila-bila masa di bawah subseksyen (1), agensi pelaporan kredit itu boleh, dengan persetujuan bertulis Pendaftar dan tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang dikenakan oleh Pendaftar, menjalankan perniagaan pelaporan kredit itu.
(5) Sesuatu agensi pelaporan kredit yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Read this section in the full act β Β· Open Part IV β
Find Act 710 on lom.agc.gov.my β
Text as at 1 August 2024 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).