s 51 Obstruction to search
Any person who—
(a) refuses any authorized officer access to any premise which the authorized officer is entitled to have under this Act or in
the execution of any duty imposed or power conferred by this Act;
(b) assaults, obstructs, hinders or delays any authorized officer in effecting any entry which the authorized officer is entitled to effect under this Act, or in the execution of any duty imposed or power conferred by this Act; or
(c) refuses any authorized officer any information relating to an offence or suspected offence under this Act or any other information which may reasonably be required of him and which he has in his knowledge or power to give,
commits an offence and shall, on conviction, be liable to imprisonment for a term not exceeding two years or to a fine not exceeding two hundred thousand ringgit or to both.
Malay text (authoritative)
Halangan untuk menggeledah
Mana-mana orang yang—
(a) enggan memberi mana-mana pegawai diberi kuasa akses kepada mana-mana premis yang pegawai diberi kuasa itu berhak kepadanya di bawah Akta ini atau dalam menjalankan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan di bawah Akta ini;
(b) mengamang, menghalang, menggalang atau melengahkan mana-mana pegawai diberi kuasa dalam membuat apa-apa kemasukan yang pegawai diberi kuasa itu berhak membuatnya di bawah Akta ini, atau dalam melaksanakan
apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini; atau
(c) enggan memberi mana-mana pegawai diberi kuasa apa-apa maklumat yang berhubungan dengan suatu kesalahan atau kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini atau apa-apa maklumat lain yang boleh dikehendaki secara munasabah daripadanya dan yang ada dalam pengetahuan atau kuasanya untuk memberikannya,
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.
Read this section in the full act → · Open Part VII →
Find Act 710 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 August 2024 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).