My bookmarksSign up free
← Credit Reporting Agencies Act 2010

Credit Reporting Agencies Act 2010 s 55

s 55 Admission of statements in evidence

(1) Except as provided in this section, no statement made by any person to an authorized officer in the course of an investigation made under this Act shall be used in evidence. (2) When any witness is called for the prosecution or for the defence, other than the accused, the court shall, on the request of the accused or the prosecutor, refer to any statement made by that witness to the authorized officer in the course of the investigation under this Act and may then, if the courts thinks fit in the interest of justice, direct the accused to be furnished with a copy of it and the statement may be used to impeach the credit of the witness in the manner provided by the Evidence Act 1950. (3) Where the accused had made a statement during the course of an investigation, such statement may be admitted in evidence in support of his defence during the course of the trial. (4) Nothing in this section shall be deemed to apply to any statement made in the course of an identification parade or falling within section 27 or paragraphs 32(1)(a), (i) and (j) of the Evidence Act 1950. (5) When any person is charged with any offence in relation toβ€” (a) the making; or (b) the contents, of any statement made by him to an authorized officer in the course of an investigation made under this Act, that statement may be used as evidence in the prosecution’s case.

Malay text (authoritative)

Kebolehterimaan pernyataan sebagai keterangan

(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen ini, tiada pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang kepada seorang pegawai diberi kuasa dalam penjalanan suatu penyiasatan yang dibuat di bawah Akta ini boleh digunakan sebagai keterangan. (2) Apabila mana-mana saksi dipanggil bagi pihak pendakwaan atau pembelaan, selain tertuduh, mahkamah hendaklah, atas permintaan tertuduh atau pendakwa, merujuk kepada apa-apa pernyataan yang dibuat oleh saksi itu kepada pegawai diberi kuasa dalam penjalanan penyiasatan di bawah Akta ini dan boleh kemudian, jika mahkamah fikirkan patut demi kepentingan keadilan, mengarahkan supaya tertuduh diberikan suatu salinan pernyataan itu dan pernyataan itu boleh digunakan untuk mencabar kebolehpercayaan saksi itu mengikut cara yang diperuntukkan dalam Akta Keterangan 1950. (3) Jika tertuduh telah membuat suatu pernyataan semasa penjalanan suatu penyiasatan, pernyataan itu boleh diterima sebagai keterangan bagi menyokong pembelaannya semasa penjalanan perbicaraan. (4) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini hendaklah disifatkan terpakai bagi apa-apa pernyataan yang dibuat dalam penjalanan perbarisan cam atau termasuk dalam seksyen 27 atau perenggan 32(1)(a), (i) dan (j) Akta Keterangan 1950. (5) Apabila mana-mana orang dipertuduh atas apa-apa kesalahan berhubung denganβ€” (a) pembuatan; atau (b) kandungan, apa-apa pernyataan yang dibuat olehnya kepada seorang pegawai diberi kuasa semasa penjalanan sesuatu penyiasatan yang dibuat di bawah Akta ini, pernyataan itu boleh digunakan sebagai keterangan dalam kes pendakwaan.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part VII β†’

Find Act 710 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 1 August 2024 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next