s 61 Transfer of credit information to places outside Malaysia
(1) A credit reporting agency shall not transfer any credit information of a customer to a place outside Malaysia unless to such
place as specified by the Minister, upon the recommendation of the Registrar, by notification published in the Gazette.
(2) For the purposes of subsection (1), the Minister may specify any place outside Malaysia ifβ
(a) there is in that place in force any law which is substantially similar to that as provided under this Act, or that serves the same purposes as this Act; or
(b) that place ensures an adequate level of protection in relation to the processing of credit information which is at least equivalent to the level of protection afforded by this Act.
(3) Notwithstanding subsection (1), a credit reporting agency may transfer any credit information to a place outside Malaysia ifβ
(a) the customer has given his consent to the transfer;
(b) the transfer is necessary for the performance of a contract between the customer and the credit reporting agency;
(c) the transfer is necessary for the conclusion or performance of a contract between the credit reporting agency and a subscriber or other person whichβ
(i) is entered into at the request of the customer; or
(ii) is in the interests of the customer;
(d) the transfer is for the purpose of any legal proceedings or for the purpose of obtaining legal advice or establishing, exercising or defending legal rights;
(e) the credit reporting agency has reasonable grounds for believing that in all circumstances of the caseβ
(i) the transfer is for the avoidance or mitigation of unfavourable credit action against the customer;
(ii) it is not practicable to obtain the consent in writing of the customer to that transfer; and
(iii) if it was practicable to obtain such consent, the customer would have given his consent;
(f) the credit reporting agency has taken all reasonable precautions and exercised all due diligence to ensure that the credit information will not in that place be processed in any manner which, if that place is Malaysia, would be a contravention of this Act; or
(g) the transfer is necessary in order to protect the interests of the customer or the database of credit information owned by the credit reporting agency.
(4) Where the Registrar has reasonable grounds for believing that in a place as specified under subsection (1) there is no longer in force any law which is substantially similar to that as provided under this Act, or that serves the same purposes as this Actβ
(a) the Registrar shall make such recommendations to the Minister who shall, either by cancelling or amending the notification made under subsection (1), cause that place to cease to be a place to which credit information may be transferred under this section; and
(b) the credit reporting agency shall cease to transfer any credit information of a customer to such place with effect from the time as specified by the Minister in the notification.
(5) A credit reporting agency which contravenes subsection (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding two hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years or to both.
Malay text (authoritative)
Pemindahan maklumat kredit ke tempat di luar Malaysia
(1) Sesuatu agensi pelaporan kredit tidak boleh memindahkan apa-apa maklumat kredit pelanggan ke suatu tempat di luar Malaysia melainkan jika ke mana-mana tempat yang dinyatakan oleh Menteri, atas syor Pendaftar, melalui pemberitahuan yang disiarkan dalam Warta.
(2) Bagi maksud subseksyen (1), Menteri boleh menyatakan mana-mana tempat di luar Malaysia jikaβ
(a) di tempat itu ada berkuat kuasa mana-mana undang-undang yang sebahagian besarnya serupa dengan undang-undang yang diperuntukkan di bawah Akta ini, atau yang dapat digunakan bagi maksud yang sama dengan Akta ini; atau
(b) tempat itu memastikan suatu tahap perlindungan yang mencukupi berhubung dengan pemprosesan maklumat kredit yang sekurang-kurangnya setara dengan tahap pelindungan yang diberikan oleh Akta ini.
(3) Walau apa pun subseksyen (1), sesuatu agensi pelaporan kredit boleh memindahkan apa-apa maklumat kredit ke suatu tempat di luar Malaysia jikaβ
(a) pelanggan telah memberikan persetujuannya terhadap pemindahan itu;
(b) pemindahan itu perlu bagi pelaksanaan suatu kontrak antara pelanggan dengan agensi pelaporan kredit itu;
(c) pemindahan itu perlu bagi penyempurnaan atau pelaksanaan suatu kontrak antara agensi pelaporan kredit itu dengan seorang yang melanggan atau orang lain yangβ
(i) dibuat atas permintaan pelanggan itu; atau
(ii) adalah untuk kepentingan pelanggan itu;
(d) pemindahan itu adalah bagi maksud apa-apa prosiding undang-undang atau bagi maksud mendapat nasihat undang-undang atau untuk mewujudkan, menjalankan atau mempertahankan hak undang-undang;
(e) agensi pelaporan kredit itu mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa dalam segala hal keadaan mengenai hal ituβ
(i) pemindahan itu adalah bagi mengelakkan atau mengurangkan tindakan kredit yang tidak memuaskan terhadap pelanggan itu;
(ii) adalah tidak praktik untuk mendapatkan persetujuan bertulis pelanggan itu mengenai pemindahan itu; dan
(iii) jika persetujuan itu boleh didapatkan secara praktik, pelanggan itu akan memberikan persetujuannya;
(f) agensi pelaporan kredit itu telah mengambil segala langkah pencegahan yang munasabah dan telah menjalankan segala
usaha yang wajar untuk memastikan bahawa maklumat kredit itu tidak akan diproses di tempat itu mengikut apa-apa cara yang, jika tempat itu ialah Malaysia, akan menjadi suatu pelanggaran Akta ini; atau
(g) pemindahan itu perlu untuk melindungi kepentingan pelanggan itu atau pangkalan data maklumat kredit yang dimiliki oleh agensi pelaporan kredit itu.
(4) Jika Pendaftar mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa di tempat yang dinyatakan di bawah subseksyen (1) mana-mana undang-undang yang sebahagian besarnya serupa dengan undang-undang yang diperuntukkan di bawah Akta ini atau yang dapat digunakan bagi maksud yang sama dengan Akta ini tidak lagi berkuat kuasaβ
(a) Pendaftar hendaklah membuat apa-apa syor kepada Menteri yang hendaklah, sama ada dengan membatalkan atau meminda pemberitahuan yang dibuat di bawah subseksyen (1), menyebabkan tempat itu terhenti menjadi suatu tempat yang maklumat kredit boleh dipindahkan kepadanya di bawah seksyen ini; dan
(b) agensi pelaporan kredit itu hendaklah berhenti memindahkan apa-apa maklumat kredit mengenai seorang pelanggan kepada tempat itu mulai tempoh masa yang dinyatakan oleh Menteri dalam pemberitahuan itu.
(5) Sesuatu agensi pelaporan kredit yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Read this section in the full act β Β· Open Part VIII β
Find Act 710 on lom.agc.gov.my β
Text as at 1 August 2024 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).