(1) Any person who makes or receives a disclosure of improper conduct or obtain confidential information in the course of investigation into such disclosure shall not disclose the confidential information or any part thereof.
(2) Subject to subsection (3), confidential information shall not be disclosed or be ordered or required to be disclosed in any civil, criminal or other proceedings in any court, tribunal or other authority.
(3) If any books, documents or papers which are in evidence or liable to inspection in any civil, criminal or other proceedings in any court, tribunal or other authority whatsoever contain any entry in which any whistleblower is named or described or which might lead to his discovery, the court, tribunal or other authority before which the proceeding is had shall cause all such passages to be concealed from view or to be obliterated so far as is necessary to protect the whistleblower from discovery, but no further.
(4) Any person who contravenes subsection (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding ten years or to both.
Malay text (authoritative)
Perlindungan maklumat sulit
(1) Mana-mana orang yang membuat atau menerima pendedahan kelakuan tidak wajar atau memperoleh maklumat sulit dalam perjalanan penyiasatan terhadap pendedahan sedemikian tidak boleh mendedahkan maklumat sulit itu atau mana-mana bahagiannya.
(2) Tertakluk pada subseksyen (3), maklumat sulit tidak boleh didedahkan atau diperintahkan atau dikehendaki supaya didedahkan dalam mana-mana prosiding sivil, jenayah atau prosiding lain dalam mana-mana mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa lain.
(3) Jika mana-mana buku, dokumen atau kertas yang menjadi keterangan atau yang boleh diperiksa dalam mana-mana prosiding sivil, jenayah atau prosiding lain dalam mana-mana mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa lain apa jua pun mengandungi apa-apa catatan yang dalamnya mana-mana pemberi maklumat dinamakan atau diperihalkan
atau yang mungkin membawa kepada mana-mana pemberi maklumat diketahui, mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa lain yang di hadapannya prosiding itu diadakan hendaklah menyebabkan segala petikan sedemikian disembunyikan daripada pandangan atau dipadamkan setakat yang perlu untuk melindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui, tetapi tidak lebih daripada itu.
(4) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Text as at 1 May 2024 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).