My bookmarksSign up free
← Competition Act 2010

Competition Act 2010 s 25

Competition Act 2010 s 25

s 25 Search and seizure with warrant

(1) If it appears to a Magistrate, upon written information on oath from the Commission officer and after such inquiry as the Magistrate considers necessary, that there is reasonable cause to believe that— (a) any premises has been used for; or (b) there is in any premises evidence necessary to the conduct of an investigation into, the infringement of any prohibition or the commission of an offence under this Act, the Magistrate may issue a warrant authorizing the Commission officer named in the warrant at any reasonable time by day or night and with or without assistance, to enter the premises and if need be by force. (2) Without affecting the generality of subsection (1), the warrant issued by the Magistrate may authorize the search and seizure of any record, book, account, document, computerized data or other thing which contains or is reasonably suspected to contain information as to any infringement or offence suspected to have been committed. (3) A Commission officer conducting a search under subsection (1) may, for the purpose of investigating into the infringement or offence, search any person who is in or on the premises. (4) A Commission officer making a search of a person under subsection (3) may seize or take possession of, and place in safe custody all things other than the necessary clothing found upon the person, and any of those things which there is reason to believe were the instruments or other evidence of the infringement or offence may be detained until the discharge or acquittal of the person. (5) Whenever it is necessary to cause a woman to be searched, the search shall be made by another woman with strict regard to decency. (6) If, by reason of its nature, size or amount, it is not practicable to remove any record, book, account, document, computerized data or other thing seized under this section, the Commission officer shall by any means seal such record, book, account, document, computerized data or other thing in the premises or container in which it is found. (7) A person who, without lawful authority, breaks, tampers with or damages the seal referred to in subsection (6) or removes any record, book, account, document, computerized data or other thing under seal or attempts to do so commits an offence.

Malay text (authoritative)

Penggeledahan dan penyitaan dengan waran

(1) Jika ternyata pada seseorang Majistret, berdasarkan maklumat bertulis dengan bersumpah daripada pegawai Suruhanjaya dan selepas apa-apa siasatan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Majistret, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa— (a) mana-mana premis telah digunakan bagi; atau (b) ada di dalam mana-mana premis keterangan yang perlu untuk menjalankan suatu penyiasatan mengenai, pelanggaran mana-mana larangan atau pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, Majistret boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa pegawai Suruhanjaya yang dinamakan dalam waran itu pada bila-bila masa yang munasabah pada waktu siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan, untuk memasuki premis itu dan jika perlu dengan menggunakan kekerasan. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), waran yang dikeluarkan oleh Majistret boleh memberi kuasa penggeledahan dan penyitaan mana-mana rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain yang mengandungi atau yang semunasabahnya disyaki mengandungi maklumat tentang apa-apa pelanggaran atau kesalahan yang disyaki telah dilakukan. (3) Seorang pegawai Suruhanjaya yang menjalankan suatu penggeledahan di bawah subseksyen (1) boleh, bagi maksud menyiasat pelanggaran atau kesalahan itu, memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam atau di premis itu. (4) Seorang pegawai Suruhanjaya yang membuat pemeriksaan terhadap seseorang di bawah subseksyen (3) boleh menyita atau mengambil milik, dan menyimpan dalam jagaan selamat semua benda selain pakaian yang perlu yang dijumpai pada orang itu, dan apa-apa benda sedemikian yang mengenainya ada sebab untuk mempercayai bahawa benda itu merupakan peralatan atau keterangan lain mengenai pelanggaran atau kesalahan itu boleh ditahan sehingga orang itu dilepaskan atau dibebaskan. (5) Apabila perlu untuk menyebabkan seseorang perempuan diperiksa, pemeriksaan itu hendaklah dilakukan oleh seorang perempuan lain dengan penuh kesopanan. (6) Jika, oleh sebab sifat, saiz atau amaunnya, pemindahan mana-mana rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain yang disita di bawah seksyen ini tidak dapat dilaksanakan, pegawai Suruhanjaya hendaklah dengan apa-apa cara mengelak rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain itu di dalam premis atau bekas yang di dalamnya ia dijumpai. (7) Seseorang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (6) atau memindahkan mana-mana rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian melakukan suatu kesalahan.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 712 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 September 2024 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next