If a Commission officer is satisfied upon information received that he has reasonable cause to believe that by reason of delay in obtaining a search warrant under section 25 the investigation would be adversely affected or evidence of the commission of an infringement or offence is likely to be tampered with, removed, damaged or destroyed, the Commission officer may enter the premises and exercise
in, upon and in respect of the premises all the powers referred to in section 25 in as full and ample a manner as if he were authorized to do so by a warrant issued under that section.
Malay text (authoritative)
Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran
Jika seorang pegawai Suruhanjaya berpuas hati atas maklumat yang diterima bahawa dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh suatu waran geledah di bawah seksyen 25 penyiasatan akan terjejas atau keterangan pelakuan suatu pelanggaran atau kesalahan mungkin diganggu, dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan, pegawai Suruhanjaya itu boleh memasuki premis itu dan menjalankan di dalam, pada dan berkenaan dengan premis itu semua kuasa yang disebut
dalam seksyen 25 dengan cara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.
Text as at 1 September 2024 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).