Competition Act 2010 s 57
s 57 Powers of the Competition Appeal Tribunal
(1) The Competition Appeal Tribunal shall have power—
(a) to summon parties to the proceedings or any other person to attend before it to give evidence in respect of an appeal;
(b) to procure and receive evidence on oath or affirmation, whether oral or documentary, and examine all such persons as witnesses as it considers necessary;
(c) where a person is so summoned, to require the production of any information, document or other thing in his possession or under his control which the Competition Appeal Tribunal considers necessary for the purposes of the appeal;
(d) to administer any oath, affirmation or statutory declaration, as the case may require;
(e) where a person is so summoned, to allow the payment for any reasonable expenses incurred in connection with his attendance;
(f) to admit evidence or reject evidence adduced, whether oral or documentary, and whether admissible or inadmissible under the provisions of any written law for the time being in force relating to the admissibility of evidence; and
(g) to generally direct and do all such matters as may be necessary or expedient for the expeditious decision of the appeal.
(2) The Competition Appeal Tribunal shall have the powers of a subordinate court under the Subordinate Courts Act 1948 [Act 92] with regard to the enforcement of attendance of witnesses, hearing evidence on oath or affirmation and punishment for contempt.
Malay text (authoritative)
Kuasa Tribunal Rayuan Persaingan
(1) Tribunal Rayuan Persaingan hendaklah mempunyai kuasa—
(a) untuk memanggil pihak kepada prosiding itu atau mana-mana orang lain untuk hadir di hadapannya untuk memberikan keterangan berkenaan dengan sesuatu rayuan;
(b) untuk mendapatkan dan menerima keterangan secara bersumpah atau ikrar sama ada secara lisan atau dokumentar, dan memeriksa semua orang sedemikian sebagai saksi sebagaimana yang difikirkan perlu olehnya;
(c) jika seseorang dipanggil sedemikian, untuk menghendaki pengemukaan apa-apa maklumat, dokumen atau benda lain dalam milikannya atau di bawah kawalannya yang difikirkan perlu oleh Tribunal Rayuan Persaingan bagi maksud rayuan itu;
(d) untuk mengendalikan apa-apa sumpah, ikrar atau akuan berkanun, mengikut kehendak keadaan;
(e) jika seseorang dipanggil sedemikian, untuk membenarkan pembayaran apa-apa perbelanjaan yang munasabah yang dilakukan berkaitan dengan kehadirannya;
(f) untuk menerima keterangan atau menolak keterangan yang dikemukakan, sama ada secara lisan atau dokumentar, dan sama ada boleh diterima atau tidak boleh diterima di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang
sedang berkuat kuasa berhubungan dengan kebolehterimaan keterangan; dan
(g) untuk secara amnya mengarahkan dan melakukan segala perkara yang perlu atau suai manfaat bagi mempercepat keputusan rayuan.
(2) Tribunal Rayuan Persaingan hendaklah mempunyai kuasa mahkamah rendah di bawah Akta Mahkamah Rendah 1948 [Akta 92] berkenaan dengan penguatkuasaan kehadiran saksi, pendengaran keterangan secara bersumpah atau ikrar dan menjatuhkan hukuman kerana penghinaan mahkamah.
Read this section in the full act → · Open Part V →
Find Act 712 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 September 2024 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).