My bookmarksSign up free
← Competition Act 2010

Competition Act 2010 s 7

Competition Act 2010 s 7

s 7 Cancellation or variation of individual exemption

(1) If the Commission is satisfied that— (a) there has been a material change of circumstance since it granted an individual exemption; or (b) an obligation has been breached, the Commission may, by order published in the Gazette— (i) cancel the individual exemption; (ii) vary or remove any condition or obligation; or (iii) impose additional condition or obligation. (2) If the Commission is satisfied that— (a) the information on which the Commission based its decision to grant an individual exemption is false or misleading in a material particular; or (b) any condition has been breached, the Commission may, by order published in the Gazette, cancel the individual exemption. (3) Any action taken by the Commission under subsection (1) shall have effect from the date the order is made. (4) An individual exemption which is cancelled— (a) by virtue of paragraph (2)(a) shall be void ab initio; or (b) by virtue of paragraph (2)(b) shall have effect from the date the condition is breached.

Malay text (authoritative)

Pembatalan atau perubahan pengecualian individu

(1) Jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa— (a) terdapat suatu perubahan material pada hal keadaan sejak ia memberikan suatu pengecualian individu; atau (b) suatu obligasi telah dilanggar, Suruhanjaya boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta— (i) membatalkan pengecualian individu itu; (ii) mengubah atau mengeluarkan apa-apa syarat atau obligasi; atau (iii) mengenakan syarat atau obligasi tambahan. (2) Jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa— (a) maklumat yang berasaskannya Suruhanjaya membuat keputusan untuk memberikan suatu pengecualian individu itu adalah palsu atau mengelirukan dalam hal perkara material; atau (b) apa-apa syarat telah dilanggar, Suruhanjaya boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, membatalkan pengecualian individu itu. (3) Apa-apa tindakan yang diambil oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (1) hendaklah berkuat kuasa dari tarikh perintah itu dibuat. (4) Suatu pengecualian individu yang dibatalkan— (a) menurut kuasa perenggan (2)(a) adalah terbatal ab initio; atau (b) menurut kuasa perenggan (2)(b) hendaklah berkuat kuasa dari tarikh syarat itu dilanggar.

Read this section in the full act → · Open Chapter 1 →

Find Act 712 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 September 2024 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next