s 170 Pengelakan kontrak
Apa-apa kontrak bagi pengangkutan seseorang penumpang di dalam suatu kenderaan perkhidmatan awam, kenderaan pelancongan atau kereta api hendaklah, setakat yang ia berupa sebagai menidakkan atau membataskan tanggungan mana-mana orang berkenaan dengan mana-mana tuntutan yang mungkin selainnya boleh dibuat dengan sah terhadap orang itu berkenaan dengan kematian atau kecederaan badan penumpang itu semasa dibawa di dalam, memasuki atau turun dari kenderaan perkhidmatan awam, kenderaan pelancongan atau kereta api itu atau yang berupa mengenakan apa-apa syarat berkenaan dengan penguatkuasaan mana-mana tanggungan sedemikian, adalah tidak sah.