My bookmarksSign up free
← Land Public Transport Act 2010

Land Public Transport Act 2010 s 169

Land Public Transport Act 2010 s 169

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 169 Fungsi Forum Pengangkutan Awam Darat

(1) Forum Pengangkutan Awam Darat hendaklah mempunyai semua fungsi yang diberikan kepadanya di bawah Akta ini dan, tanpa menjejaskan keluasan peruntukan sebelum ini, Forum Pengangkutan Awam Darat hendaklah mempunyai fungsi yang berikut: (a) untuk memberikan maklum balas dan membuat syor kepada Suruhanjaya mengenai apa-apa perkara yang berkaitan dengan kepentingan pelanggan berkenaan dengan pengangkutan awam darat; (b) untuk mewakili kepentingan pelanggan berkenaan dengan pengangkutan awam darat; (c) untuk memajukan kepentingan pelanggan berhubung dengan tambang, tambang muatan dan caj lain, dan standard perkhidmatan pengangkutan penumpang awam darat; (d) untuk mengenal pasti dan mengadakan kajian semula perkara yang menyentuh kepentingan pelanggan dan, untuk memastikan bahawa pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal dan pemegang lesen perniagaan pengantaraan menyedari dan responsif terhadap kebimbangan mengenai perkhidmatan mereka; (e) untuk membuat publisiti tentang kewujudan, fungsi dan kerja Forum Pengangkutan Awam Darat dalam melindungi kepentingan pelanggan; dan (f) untuk menjalankan apa-apa fungsi yang ditentukan oleh Suruhanjaya. (2) Suruhanjaya hendaklah mengambil kira dengan sewajarnya syor Forum Pengangkutan Awam Darat dalam penjalanan kuasanya dan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.

Read this section in the full act →

Find Act 715 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 15 October 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next