Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.
The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.
s 168 Forum Pengangkutan Awam Darat
(1) Suruhanjaya hendaklah menamakan suatu badan yang dikenali sebagai “Forum Pengangkutan Awam Darat” bagi maksud Akta ini dengan memberitahu badan itu secara bertulis, jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa —
(a) keanggotaan badan itu terbuka kepada semua orang;
(b) badan itu berupaya untuk melaksanakan fungsinya sebagaimana yang dikehendaki di bawah peruntukan yang berkaitan Akta ini; dan
(c) badan itu mempunyai perlembagaan bertulis.
(2) Badan itu hendaklah bersetuju secara bertulis untuk menjadi Forum Pengangkutan Awam Darat sebelum penamaan itu boleh didaftarkan.
Text as at 15 October 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).