My bookmarksSign up free
← Land Public Transport Act 2010

Land Public Transport Act 2010 s 190

Land Public Transport Act 2010 s 190

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 190 Kuasa Tribunal Rayuan

(1) Tribunal Rayuan hendaklah mempunyai kuasa — (a) untuk memanggil pihak-pihak kepada prosiding atau mana-mana orang lain untuk hadir di hadapannya untuk memberikan keterangan berkenaan dengan sesuatu rayuan; (b) untuk mendapatkan dan menerima keterangan bersumpah atau ikrar sama ada bertulis atau lisan, dan memeriksa semua orang sedemikian sebagai saksi sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Tribunal Rayuan; (c) jika seseorang dipanggil sedemikian, untuk menghendaki pengemukaan apa-apa maklumat, dokumen atau benda lain dalam milikannya atau di bawah kawalannya yang difikirkan perlu oleh Tribunal Rayuan bagi maksud rayuan itu; (d) untuk mengendalikan apa-apa sumpah, ikrar atau akuan berkanun, mengikut kehendak keadaan; (e) jika seseorang dipanggil sedemikian, untuk membenarkan bayaran bagi apa-apa perbelanjaan yang munasabah yang dilakukan berkaitan dengan kehadirannya; (f) untuk menerima keterangan atau menolak keterangan yang dikemukakan, sama ada lisan atau dokumentar, dan sama ada boleh diterima atau tidak boleh diterima di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa berhubungan dengan kebolehterimaan keterangan; (g) untuk menangguhkan pendengaran suatu rayuan dari semasa ke semasa, termasuk kuasa untuk penangguhan bagi menimbangkan keputusannya; (h) untuk mendapatkan nasihat pakar mengenai apa-apa perkara di hadapannya, jika difikirkannya perlu; dan (i) untuk secara amnya mengarahkan atau melakukan segala perkara yang perlu atau suai manfaat bagi mempercepat keputusan rayuan. (2) Tribunal Rayuan hendaklah mempunyai kuasa mahkamah rendah berkenaan dengan penguatkuasaan kehadiran saksi, pendengaran keterangan secara bersumpah atau berikrar dan penjatuhan hukuman kerana penghinaan mahkamah.

Read this section in the full act →

Find Act 715 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 15 October 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next