My bookmarksSign up free
← Land Public Transport Act 2010

Land Public Transport Act 2010 s 247

Land Public Transport Act 2010 s 247

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

s 247

(Deleted by Act A1574).

Malay text (authoritative)

Kumpulan Wang Pengangkutan Awam Darat

(1) Suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai β€œKumpulan Wang Pengangkutan Awam Darat” ditubuhkan dan hendaklah dikawal dan dikendalikan oleh Suruhanjaya. (2) Kumpulan Wang Pengangkutan Awam Darat hendaklah terdiri daripada β€” (a) apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan oleh Parlimen dari semasa ke semasa bagi maksud pengangkutan awam darat; (b) semua wang yang diterima bagi maksud Kumpulan Wang ini menurut seksyen 13; dan (c) apa-apa wang lain yang ditentukan oleh Menteri. (3) Kumpulan Wang Pengangkutan Awam Darat hendaklah dibelanjakan bagi maksud yang berikut: (a) pembaikan pengangkutan awam darat; (b) penyediaan perkhidmatan pengangkutan awam darat di pembangunan luar bandar; atau (c) apa-apa maksud lain yang berhubungan dengan pengangkutan awam darat sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri. (4) Segala kos, caj dan perbelanjaan bagi mentadbirkan Kumpulan Wang itu hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang dan boleh dibayar daripada Kumpulan Wang itu dari semasa ke semasa. (5) Wang dalam Kumpulan Wang itu, setakat ia tidak dikehendaki untuk dibelanjakan dengan serta-merta oleh Suruhanjaya di bawah Akta ini, hendaklah dilaburkan dengan apa-apa cara yang diluluskan oleh Menteri, dengan persetujuan Menteri Kewangan. (6) Bagi maksud Akta ini, tahun kewangan Kumpulan Wang hendaklah bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember setiap tahun. (7) Suruhanjaya hendaklah menyebabkan akaun yang sepatutnya bagi Kumpulan Wang dan laporan aktivitinya yang sepatutnya berkenaan dengan Kumpulan Wang itu disimpan dan hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan supaya disediakan bagi tahun kewangan ituβ€” (a) suatu penyata akaun yang hendaklah termasuk suatu kunci kira-kira dan akaun mengenai sumbangan dan perbelanjaan; dan (b) suatu laporan mengenai aktivitinya berkenaan dengan pengurusan dan pentadbiran Kumpulan Wang. (8) Suruhanjaya hendaklah menyebabkan penyata akaun yang diperihalkan dalam perenggan (7)(a) diaudit oleh juruaudit bebas yang dilantik oleh Suruhanjaya. (9) Suruhanjaya hendaklah dengan secepat mungkin menghantarkan suatu salinan penyata akaun yang diperakui oleh juruaudit dan suatu salinan laporan juruaudit, bersama-sama dengan laporan yang diperihalkan dalam perenggan (7)(b) kepada Menteri yang hendaklah menyebabkan penyata dan laporan itu dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part XII β†’

Find Act 715 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 15 October 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next